Skip to main content

Hiburan

Cukup Pakej Bakat Dan Karisma, Ini 5 Pelumba Paling Kacak & Berpengaruh Di Dunia

Astro Gempak 414

Sekilas

  • Lima pelumba terkenal seperti Lewis Hamilton, Charles Leclerc, Carlos Sainz, Daniel Ricciardo dan legenda tempatan Karamjit Singh dikenali bukan sahaja kerana kemahiran mereka tetapi juga personaliti dan gaya yang menarik perhatian peminat.
  • Kisah perjuangan Karamjit Singh diangkat ke layar perak menerusi filem TERBANG yang menonjolkan pengorbanan dan cabaran dalam dunia sukan permotoran rali.
  • Filem TERBANG yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan rakan produksi lain dijangka ditayangkan di pawagam tahun ini dengan sokongan pelbagai jenama dan pihak strategik.

 

Dunia sukan permotoran bukan sahaja dipenuhi aksi mendebarkan, malah turut dihiasi barisan pelumba berkarisma yang mencuri perhatian peminat.

Selain kemahiran di trek, personaliti dan aura tersendiri menjadikan mereka ikon dalam dunia motorsport.

Berikut lima pelumba yang sering dilabel sebagai antara paling ‘handsome’ dan berpengaruh:

1.⁠ ⁠Lewis Hamilton

EWFRG


Juara dunia Formula 1 ini bukan sahaja dikenali dengan pencapaian luar biasa, malah gaya fesyen dan keyakinan diri menjadikannya ikon global.

Bukan itu sahaja, Hamilton juga sering muncul di pentas peragaan antarabangsa.

2.⁠ ⁠Charles Leclerc

WDEFD

Pelumba Ferrari ini sering menjadi perhatian kerana wajah kacak serta sikap tenang di luar litar.

Walaupun jarang tampil berlebihan, setiap penampilannya tetap kemas dan ‘effortless’, sesuai dengan imejnya yang cool.

3.⁠ ⁠Carlos Sainz

DVFF


Memiliki pakej lengkap sebagai pelumba berbakat dan berpenampilan menarik, Sainz turut mempunyai karisma yang memikat peminat. Gaya ‘gentleman’ yang dibawa menjadikannya antara kegemaran ramai.

4.⁠ ⁠Daniel Ricciardo

DSVDF

Personaliti ceria dan mudah didekati membuatkan Ricciardo sentiasa mencuri perhatian. Sikapnya yang santai dan gemar berjenaka menjadikannya antara pelumba paling disenangi peminat.

5.⁠ ⁠Karamjit Singh

DVF

Dalam konteks tempatan, nama Karamjit Singh tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain kehebatan di pentas rali, beliau dikenali dengan semangat juang tinggi serta aura tersendiri yang menjadikannya legenda sukan permotoran negara.

Menariknya, kisah perjalanan luar biasa Karamjit kini diangkat ke layar perak menerusi filem TERBANG, yang menonjolkan sisi perjuangan, pengorbanan dan detik jatuh bangun seorang legenda.

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut termasuk Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama beberapa produksi lain termasuk EJJ Films, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Aventure Space.

Filem berkenaan turut mendapat sokongan strategik daripada pelbagai pihak termasuk STING, U Mobile serta penggunaan elemen jenama seperti PROTON, PETRONAS, EON dan Malaysian Aviation Group (MAG).

TERBANG membawa kisah seorang pelumba rali yang berdepan trauma akibat insiden kemalangan sebelum kembali bangkit dalam dunia perlumbaan.

Filem aksi rali tersebut dijangka menemui penonton di pawagam pada tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Must-Watch Video

Advertisement