Skip to main content

Konsert

Sejarah Tercipta! KRISTAL OG Gegar ZEPP KL, Lebih 2,500 Peminat Banjiri Konsert 25 Tahun

Astro Gempak kristal (5)

Sekilas

  • Konsert KRISTAL OG – 25 Tahun Perjalanan berjaya menghimpunkan lebih 2,500 peminat di ZEPP Kuala Lumpur sebagai sambutan ulang tahun ke-25 kumpulan Kristal.
  • Lebih 35 lagu dipersembahkan dalam 10 segmen termasuk penghormatan kepada anggota yang telah meninggal dunia dan tribute kepada Sifu Dato Awie.
  • Konsert ini menjadi tanda penghargaan Kristal kepada peminat setia serta menampilkan tiga pemain drum dari era album berbeza yang bermain secara bergilir dan serentak.

Kristal membuktikan pengaruh mereka masih utuh dalam arena muzik rock tempatan apabila berjaya menghimpunkan lebih 2,500 peminat menerusi Konsert KRISTAL OG – 25 Tahun Perjalanan yang berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu.

Konsert anjuran Pertubuhan Kasih KhaiRosma (PKKR) itu menjadi penganjuran sulung mereka dan disifatkan cukup bermakna kerana meraikan perjalanan 25 tahun kumpulan tersebut dalam industri muzik.

Walaupun sudah seminggu berlalu, kemeriahan konsert berkenaan masih menjadi bualan peminat setia yang menyifatkannya sebagai antara persembahan rock paling nostalgia tahun ini.

Malam tersebut menyaksikan lebih 35 lagu dipersembahkan menerusi 10 segmen berbeza termasuk Tribute to Sifu Dato Awie serta segmen Suatu Kenangan yang didedikasikan buat dua anggota kumpulan yang telah meninggal dunia.

Suasana dalam dewan turut dipenuhi sorakan peminat yang sama-sama menyanyikan lagu-lagu hit Kristal sepanjang persembahan berlangsung.

Menurut vokalisnya, Lan Solo, konsert tersebut diadakan sebagai penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong mereka sejak awal pembabitan dalam dunia muzik.

“Konsert ini merupakan hadiah buat peminat setia yang selama ini memberi sokongan yang kuat kepada Kristal secara keseluruhan.

“Juga ia menjadi simbol penghargaan buat semua yang membesar bersama muzik Kristal dari era CD, radio, hingga ke era digital hari ini,” katanya.

Tambah Lan lagi, ulang tahun ke-25 itu cukup bermakna kerana menggambarkan perjalanan panjang mereka sejak kecil sehingga berjaya bertahan hingga hari ini.

“Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.

“Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, ada rakan kumpulan yang bertukar tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkarya.

“Sehingga kini kami masih lagi relevan di telinga peminat, syukur alhamdulillah,” katanya lagi.

Antara momen yang paling mencuri perhatian pada malam tersebut ialah kemunculan tiga pemain drum berbeza yang bermain secara bergilir mengikut era album Kristal.

“Ketiga-tiga mereka tampil mempamerkan kehebatan, mengikut turutan daripada album pertama sehinggalah yang ke-13.

“Memberikan energi konsert yang lebih bermakna, ketiga-tiga mereka turut bersatu atas pentas sama, bermain drum serentak yang sekali gus memberi nilai tambah terhadap kemantapan persembahan pada malam itu,” katanya.

Dalam masa sama, pihak produksi turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi Malaysia menerusi MyCreative Ventures atas sokongan terhadap pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik dan Dana Persembahan Muzik.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Advertisement