Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Sangka Terjadi Kolaborasi Ini” - Fazura Diumum Rakan Eksklusif Koleksi Raya 2026, Lancar 51 Rekaan

fffddf

Sekilas

  • Nur Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif untuk Koleksi Raya 2026 Jakel dalam acara Jakel Fenomena Raya 2026.
  • Koleksi ini menampilkan 51 rekaan yang cantik, elegan, patuh syariah dan mesra poket, hasil kerjasama khas bersama Fazura.
  • Jakel juga memperkenalkan barisan duta utama dan Gen Z untuk Raya 2026, sambil menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar buat pertama kali dalam sejarah 40 tahun jenama itu.

Aktres popular, Nur Fazura diumum sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel.

Pengumuman yang dibuat pada acara pertunjukan fesyen, Jakel Fenomena Raya 2026, malam tadi mencetuskan suasana meriah dalam kalangan tetamu yang hadir.

Ini sekali gus menjawab teka-teki dalam kalangan peminat mengenai gerangan sebenar wanita yang dimuat naik menerusi ‘teaser’ awal Jakel di media sosial, semalam, yang menyebut perkara itu sebagai kejutan terakhir.

Kolaborasi eksklusif bersama Fazura yang juga usahawan menjadi antara sorotan utama acara berkenaan.

Fazura dalam ucapan sempena pelantikannya itu berkata, sebagai penggemar jenama Jakel, dia turut teruja apabila terjadinya kolaborasi sulung ini.

“Saya memang peminat dan pembeli setia Jakel. Saya pun tak sangka terjadinya kolaborasi ini.

“Sebanyak 51 rekaan dihasilkan dalam koleksi kali ini yang sangat cantik, elegan, patuh syariah dan mesra poket,” katanya.

Kolaborasi bersama Fazura bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya kerjasama khas eksklusif Jakel 2026, sekali gus mencetuskan fenomena dan keterujaan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri fesyen.

Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026,
yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, iaitu Nabil Ahmad dan famili,
Achey dan famili, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli dan Que Haidar.

Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026, sebagai usaha
mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara duta Gen Z terbabit ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

Kesemua duta ini tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan
elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Jakel melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya, menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar.

Must-Watch Video

Advertisement