Sekilas
- Pasangan Jonathan dan Ana Towns, bekas peserta Amazing Race musim ke-37, memfailkan saman RM39 juta terhadap produksi program tersebut atas dakwaan paparan negatif dan fitnah.
- Jonathan mendakwa rakaman yang disiarkan menunjukkan sisi tidak bermoral dan agresif yang tidak tepat, serta menjejaskan reputasinya di mata umum dan masyarakat.
- Jonathan baru disahkan autistik selepas program tamat, dan sikap yang dipaparkan dalam rancangan itu dikaitkan dengan keadaan tersebut, namun CBS belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Bekas peserta Amazing Race, pasangan Jonathan dan Ana Towns memfailkan saman terhadap produksi program tersebut sebanyak RM39 atau $8 juta.
Pasangan yang muncul sebagai pemenang tempat ketiga dalam musim 37 itu telah menjalani rakaman sepanhang May sehingga Jun 2024.
Menerusi dokumen saman yang difailkan terhadap World Race Productions, CBS, ABC Signature dan Jerry Bruckheimer Films, pasangan itu mendakwa telah dijadikan naratif negatif dan dipaparkan sebagai tidak bermoral selepas program tersebut bersiaran sejak Mac sehingga Jun 2025 di saluran CBS, lapor People.

Jonathan yang mewakili diri sendiri antaranya mendakwa paparan rakaman yang disiarkan mengenai aksinya sedang bertarung dalam Amazing Race bersifat fitnah, tidak bermoral dan menggunakan strategi terancang serta propaganda tersendiri menerusi promosi, suntingan serta tayangan untuk menarik perhatian penonton.
Lelaki itu juga mendakwa kesemua paparan yang dipertontonkan mengenai dirinya kepada lebih 10 juta penonton Amazing Race ke-37 sebagai tidak benar apabila hanya menunjukkan sisi brutal, kemarahan dan tidak bersikap baik terhadap pasangannya sepanjang program berlangsung.
Isi dokumen saman itu juga menyifatkan apa yang dipertontonkan kepada umum bukan sikap sebenar dan tidak sepenuhnya tepat sehingga dapat menimbulkan fitnah.
Menurut Jonathan lagi, dia cuba untuk meninggalkan program tersebut selepas mengalami beberapa siri ‘naik angin’ namun gagal. Kesan paparan naratif negatif yang dipertontonkan dia mendakwa telah menerima ugutan, dihina dan dipandang serong sehingga reputasi sebagai seorang individu, pekerja dan ahli masyarakat terjejas.
Dia juga baru mengetahui seorang autistik selepas didignosis setelah program berakhir. Menerusi pandangan pakar, sikap kurang sabar, mengamuk dan kasar yang dipaparkan dalam program tersebut bukan menunjukkan dirinya sebagai seorang yang ganas secara semula jadi tetap terdorong ‘pembawaan’ sebagai seorang autistik. Jonathan juga sepatutnya mendapatkan rawatan dan mengambil ubat-ubatan yang sesuai dengan masalah autisme yang dihadapi.
Pihak CBS bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.