Sekilas
- Pengarah Razaisyam Rashid kembali dengan filem aksi terbaru berjudul TARUNG: Unforgiven selepas kejayaan Pusaka dan Kahar: Kapla High Council.
- Teaser ringkas yang memaparkan kerusi dengan tulisan 'takhta ini keramat' telah dimuat naik di media sosial Astro Gempak, menarik perhatian peminat filem tempatan.
- Filem TARUNG: Unforgiven dijangka ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026 dengan barisan pelakon hebat tanah air.
Selepas kejayaan Pusaka dan fenomena Kahar: Kapla High Council, pengarah filem, Razaisyam Rashid kini mempertaruhkan genre aksi menerusi TARUNG: Unforgiven.
Menerusi perkongsian di media sosial Astro Gempak, sebuah teaser ringkas dimuat naik yang memaparkan sebuah kerusi bersama tulisan berbunyi ‘takhta ini keramat’, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat filem tempatan.
Filem aksi tersebut dijangka membariskan pelakon hebat tanah air.
Sekadar info, filem TARUNG: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.