Skip to main content

Fesyen

Scha Alyahya & Hael Husaini Jadi Wajah Amber LUXE Raya 2026, Bawa Aura Elegan & Minimalis - "Luxe Bukan Bermaksud Status Tapi ..."

Astro Gempak amber putrajaya (5)

Sekilas

  • Jenama fesyen tempatan Amber memilih Scha Alyahya dan Hael Husaini sebagai wajah kempen Raya 2026 untuk koleksi Amber LUXE yang menampilkan rekaan eksklusif, minimalis dan elegan.
  • Koleksi Amber LUXE menggunakan fabrik satin dan chiffon sutera dengan rekaan ringkas tetapi mewah, sesuai untuk pelbagai peringkat usia dan mampu milik.
  • Koleksi ini sudah boleh didapati di butik Amber di IOI City Mall, Putrajaya dan secara dalam talian, dengan sambutan positif dari pelanggan dan peminat terutama selepas pelancaran di Singapura.

Jenama fesyen tempatan, Amber memilih Scha Alyahya dan Hael Husaini sebagai wajah kempen raya terbaharu mereka menerusi koleksi Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection.

Pemilihan kedua dua selebriti tersebut dilihat bertepatan dengan konsep koleksi yang menonjolkan elemen eksklusif, minimalis dan elegan. Selain populariti, imej peribadi, gaya serta ketelitian mereka dalam memilih jenama turut menjadi faktor utama.

Kempen Amber LUXE memperkenalkan koleksi raya eksklusif yang menampilkan rekaan ringkas tetapi mewah, dengan penekanan kepada kualiti fabrik, potongan kemas dan sentuhan moden yang sesuai digayakan oleh pelbagai peringkat usia.

Dihasilkan menggunakan satin mewah dan chiffon sutera yang ringan, koleksi ini menampilkan perincian lipatan kemas, ruffle romantik serta sentuhan reben elegan yang memberikan aura eksklusif tanpa mengabaikan aspek keselesaan.

Untuk koleksi wanita, Amber memperkenalkan lima rekaan utama iaitu Melis, Esma, Ruya, Ela dan Leyla. Manakala koleksi lelaki pula menampilkan tiga set Baju Melayu moden iaitu Orhan, Azra dan Demir yang direka dengan potongan minimalis serta kemasan premium.

Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan berkata konsep Amber LUXE menekankan kemewahan dalam bentuk yang sederhana dan tidak keterlaluan.

“Kalau kita tengok Amber LUXE, dia sangat simple tetapi nampak luxury. Sebab itu saya rasa konsep ini sangat bertepatan dengan Scha dan Hael. Bila mereka pakai, semuanya nampak on point.

“Luxe itu bukan bermaksud status, tetapi dari segi tekstur kain, pemilihan design dan keseluruhan rasa pakaian itu. Cara kita bawa diri dan baju itu sendiri perlu berjalan seiring,” katanya.

Tambah beliau, walaupun koleksi tersebut menampilkan sentuhan eksklusif, Amber LUXE sebenarnya dihasilkan untuk semua golongan dan tidak hanya tertumpu kepada segmen premium.

“Amber LUXE untuk semua. Kita nak nampak ada eksklusif, tetapi masih mampu milik. Luxe itu bukan mahal semata-mata, tetapi pada kualiti, rekaan dan pengalaman bila memakainya,” ujarnya.

Menurut Adzliana lagi, perkembangan jenama Amber menunjukkan momentum positif terutama selepas pembukaan butik baharu di IOI City Mall, Putrajaya.

“Sambutan sangat baik. Walaupun Amber bukan jenama paling besar, tetapi pelanggan datang dan melihat sendiri koleksi dari awal sampai sekarang. Penerimaan masyarakat sangat positif,” katanya.

Bagi Scha Alyahya pula, peluang menjadi wajah Amber LUXE dianggap sebagai satu penghargaan terhadap perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan dan dunia perniagaan.

“Bagi saya, ‘Luxe’ itu bukan sahaja pada pakaian tetapi bagaimana kita membawa diri. Saya seorang yang santai, tetapi sangat teliti dalam memilih kerja dan jenama.

“Sebab itu bila diberi peluang ini, saya rasa ia satu penghargaan terhadap apa yang saya bina selama ini,” katanya.

Menurut Scha, koleksi Amber LUXE juga menarik kerana memberi peluang kepada semua orang merasai pakaian eksklusif dengan harga yang lebih berpatutan.

“Target Datuk Adzliana adalah semua orang boleh rasa bagaimana memakai pakaian Luxe, tetapi dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang sangat baik. Rekaan pula nampak berbeza, terutama untuk lelaki yang simple dan minimalist,” ujarnya.

Sementara itu, Hael Husaini berkata koleksi Amber LUXE turut menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat, termasuk ketika diperkenalkan di acara CelebFest di Singapura baru baru ini.

“Alhamdulillah, untuk koleksi kali ini sambutan sangat baik. Ada rekaan yang cepat sold out, terutama masa acara di Singapura. Saya rasa peminat Amber memang tunggu koleksi seperti ini,” katanya.

Kesemua koleksi Amber Raya 2026 kini boleh didapati menerusi laman web rasmi Amber. Pembelian secara fizikal pula boleh dilakukan di butik Amber baharu di IOI City Mall, Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Amber atau mengikuti Instagram @amber.officials.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement