Skip to main content

Hiburan

“Salah Satu Rezeki Terbesar Dalam Hidup Adalah Punya Kamu Sebagai Sahabat” - Afgan Kenang Momen Bersama Vidi Aldiano

Afgan

Penyanyi Indonesia, Afgan meluahkan rasa sedih selepas kehilangan sahabat baiknya yang juga penyanyi, Vidi Aldiano.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Afgan berkongsi gambar kenangannya bersama Vidi dan menyifatkan Allahyarham sebagai insan yang sangat baik.

“Vid, salah satu rezeki terbesar dalam hidupku adalah mempunyai kamu sebagai sahabat. Apa yang aku tahu tentang kamu, kamu sentiasa sanggup berusaha lebih untuk orang-orang yang kamu sayangi.

Kamu telah membawa cahaya kepada begitu banyak kehidupan, termasuk kehidupan aku. Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami bagaimana sifat hati yang benar-benar tulus dan baik,” tulisnya.

Afgan turut menyifatkan pemergian sahabatnya itu sebagai sesuatu yang sangat istimewa apabila Vidi dipanggil menghadap Ilahi pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Begitu besar hati kamu, sehingga Allah SWT memanggil kamu pulang pada bulan yang paling suci, pada hari tepat Al-Quran diturunkan dan kamu pergi dengan senyuman yang paling besar hari ini. Masya-Allah.

“Saya sangat menyayangi kamu, sahabat. Dan saya sudah merindui kamu sekarang tapi saya yakin, suatu hari nanti kita akan bertemu lagi. Sampai saat itu tiba, jagalah diri kamu di sana. Kami semua akan sentiasa mendoakan kamu.” tulisnya.

Terdahulu, Vidi Aldiano dilaporkan meninggal dunia selepas berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya sejak enam tahun lalu.

Vidi atau nama sebenarnya Oxavia Aldiano, 35, difahamkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.33 petang waktu tempatan pada hari ke-17 Ramadan.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement