Skip to main content

Selebriti

Individu Luah Hasrat Mahu Halau Penyewa Dari Neraka, Anzalna Respons - “Tuan Rumah Tak Bersalah…”

Anzalna

Sekilas

  • Anzalna Nasir beri respon mengenai isu penyewa yang tidak bayar bil elektrik dan air sehingga menyebabkan pemilik rumah terpaksa ambil tindakan.
  • Dia memilih untuk tidak dedahkan identiti penyewa demi jaga aib dan beri peluang untuk mereka baiki keadaan.
  • Anzalna tekankan pemilik rumah tidak bersalah dan usaha bantu anak-anak penyewa telah dilakukan sebelum ini.

Pelakon, Anzalna Nasir tampil memberikan respon berhubung luahan seorang pemilik rumah sewa mengenai sikap penyewanya yang kini tular di media sosial.

Individu itu mendakwa penyewanya tidak membayar bil elektrik dan bil air dikediaman tersebut.

“Jahat ke aku sebangai owner rumah kalau aku halau penyewa Dari neraka ni.

“Bil api tertunggak sampai 3k bil air sampai dah kena cabut meter. Penyewa ni pernah viral sebab Anzalna tolong dia bagi keperluan anak-anak dia.

“Haih, ni lah jadi kalau dah terlebih baik bagi muka dekat org,” tulisnya.

Menurut Anzalna, dia sebenarnya dapat mengagak identiti pihak yang dimaksudkan, namun memilih untuk tidak mendedahkannya demi menjaga aib serta memberi ruang kepada individu terbabit memperbaiki keadaan.

“Sebenarnya dah boleh agak rumah siapa, tapi biarlah kekal rahsia. Kita jaga aib mereka dan beri ruang untuk mereka baiki serta pulihkan keadaan,” maklumnya.

Dalam pada itu, Anzalna juga turut menegaskan bahawa pemilik rumah tidak seharusnya dipersalahkan dalam situasi berkenaan.

Malah kata Anzalna, usaha untuk membantu penyewa tersebut telah pun dilakukan sebelum ini.

“Tuan rumah tidak bersalah. Kami sudah cuba membantu mereka. Dalam keadaan seperti ini, yang paling difikirkan adalah anak-anak kecil.

“Sebab itu, setiap bantuan Anzalna lebih diutamakan untuk anak-anak supaya cukup makan dan pakai.

“Tidak semua orang mampu berterus terang tentang keadaan sebenar mereka. Semoga anak-anak kecil mereka sentiasa dilindungi,” tegasnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

(Refine by Lovito) Elegant Braid Flat Sandals for Women LR15E332 (Refine by Lovito) Sandala Rantai Ramping Yang Elegan untuk Wanita LR15E332

(Refine by Lovito) Elegant Braid Flat Sandals for Women LR15E332 (Refine by Lovito) Sandala Rantai Ramping Yang Elegan untuk Wanita LR15E332

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

PREMIUM BOOTCUT Jeans Pant for Women's High Quality [Ready Stock] Fast Shipping Size 26-48

PREMIUM BOOTCUT Jeans Pant for Women's High Quality [Ready Stock] Fast Shipping Size 26-48

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement