Skip to main content

Hiburan

Saiful Apek Dedah Disebalik Gelaran ‘Apek’ - “Saya Dapat Nama Itu Dari…”

Saiful Apek

Sekilas

  • Saiful Apek berkongsi asal usul gelaran 'Apek' yang sinonim dengan dirinya sejak bergelar anak seni.
  • Gelaran itu berasal dari wataknya dalam filem Senario The Movie (1999) dan sewaktu menjadi hos program Melodi (1997-1998).
  • Perkongsian ini menjawab persoalan peminat mengenai identiti nama 'Apek' dalam industri hiburan tanah air.

Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek berkongsi disebalik gelaran ‘Apek’ yang begitu sinonim dengan dirinya sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi Threads, Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff memaklumkan bahawa gelaran ‘Apek’ yang digunakan bersempena wataknya dalam filem Senario The Movie pada tahun 1999.

Malah, gelaran itu juga telah digunakannya sewaktu menjadi hos sebuah program hiburan sekitar tahun 1997 hingga 1998.

“Saya dapat nama itu dari watak Apek (co host) dalam program Melodi  (1997-1998) dan Senario The Movie,” jelasnya.

Apek berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran balas terhadap soalan yang ditanya seorang netizen mengenai gelarannya itu di Threads.

Perkongsian tersebut sekali gus menjawab persoalan peminat yang selama ini tertanya-tanya mengenai asal-usul gelaran berkenaan yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti dirinya dalam industri hiburan tanah air.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement