Skip to main content

Hiburan

Pertahankan Syarikat Rakaman, Hael Husaini Jelaskan Album Ditangguh Atas Keputusan Sendiri

Astro Gempak 556

Sekilas

  • Hael Husaini menjelaskan penangguhan pelancaran album terbaharunya adalah keputusan sendiri, bukan disebabkan syarikat rakaman.
  • Beliau menegaskan syarikat rakamannya sentiasa memberikan sokongan penuh dan kebebasan dalam perancangan kerjaya muziknya sejak 2013.
  • Hael meminta orang ramai tidak menyalahkan syarikat rakaman atas perubahan perancangan kerjaya artis kerana kadang-kadang keputusan datang dari artis sendiri.

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini tampil menjelaskan penangguhan pelancaran album terbaharunya dibuat atas keputusan sendiri dan bukan disebabkan pihak syarikat rakaman.

Menerusi perkongsian di Threads, Hael berkata dia terpanggil untuk memberikan penjelasan selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kelewatan album yang dinantikan peminat.

“Helo semua, penangguhan album saya adalah keputusan saya sendiri sepenuhnya.

“Album itu akan dilancarkan apabila tiba masa yang sesuai,” katanya.

Menurut pelantun lagu Jampi itu, syarikat rakamannya sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap perjalanan kerjayanya sejak lebih sedekad lalu.

“Syarikat rakaman saya sentiasa menjadi sistem sokongan yang sangat baik untuk kerjaya muzik saya sejak tahun 2013.

“Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk merancang dan menentukan bila sesuatu karya mahu dilancarkan,” ujarnya.

dsf

Dalam masa sama, Hael meminta orang ramai agar tidak meletakkan kesalahan kepada pihak label setiap kali berlaku perubahan perancangan berkaitan karier seseorang artis.

“Jangan sesuka hati meletakkan segala-galanya di atas bahu syarikat rakaman.

“Kadang-kadang artis sendiri yang menentukan apa yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement