Skip to main content

Hiburan

Masih Istiqamah Jaga Aurat, Mona Allen Perjelas Isu Penampilan Tak Berhijab - “Saya Terkejutlah Sebab Benda Itu Tak Jangka…”

ASTROGEMPAK Mona Allen

Sekilas

  • Mona Allen menjelaskan isu kontroversi tidak memakai tudung yang berlaku secara tidak sengaja ketika dia sedang memegang anak dalam kereta dan rakannya membuat siaran langsung.
  • Pelakon itu menegaskan dia masih berhijab dan sudah berusaha menutup aurat dengan baik selama enam tahun.
  • Mona berjanji akan lebih berhati-hati dalam menjaga aurat selepas kejadian tersebut agar tidak menimbulkan salah faham lagi.

Masih berhijab sehingga kini, pelakon Mona Allen tampil menjelaskan isu dia dilihat tidak memakai tudung yang menjadi kontroversi pada penghujung tahun lalu. 

 

Menurut Mona, penampilannya itu tidak disengajakan dan ia berlaku di luar jangkaannya. 

 

“Eh, saya memang memang berhijab, cuma kontroversi tu... okey, dijadikan cerita, saya ni dukung anak dalam kereta. Jadi, bila kita pergi ke rumah kawan… kawan yang saya memang selalu macam kita anggap family. 

 

“Bila dalam kereta tu, kita bukanlah sebab anak tidur ke apa kan. Bila buka pintu, tiba kawan tu buat live. Memang dah terfikir aib kita ni sebab saya berhijab kan. Tapi tak apalah. Orang dah screenshot,” katanya. 

 

Mona berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaharu X Factor berjudul Walu Walu yang diadakan di Urbanhive @ Putrajaya, baru-baru ini. 

 

Mengakui sudah mencuba untuk menutup aurat dengan baik selama enam tahun, isteri kepada aktor Pekin Ibrahim bagaimanapun akan lebih berhati-hati selepas ini. 

 

“Itu yang saya macam terkejutlah sebab benda tu tak expect kita pun cuba menutup aurat selama lima ke enam tahun dah. Tak boleh nak buat apalah, dah viral.

 

“Sudah tentu, saya memang sangat berhati-hati dengan aurat. Lepas ni memang tidaklah kata mengambil sambil lewa keluar pergi kedai, kadang kita pakai topi… pakai hoodie ke. 

 

“InsyaAllah, saya memang cuba untuk tak buat benda tu, saya akan cuba tutuplah,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must Watch Video

Advertisement