Sekilas
- Ozlynn berkongsi pandangan bahawa keharmonian rumah tangga bergantung pada kefahaman dan keterbukaan antara suami isteri, terutama dalam hal nafkah.
- Ozlynn menegaskan tanggungjawab suami adalah menyediakan keperluan asas, tetapi suami juga perlu jujur dan tidak kedekut dalam berkongsi rezeki dengan isteri.
- Netizen memberi respon positif terhadap pandangan Ozlynn, menyokong pentingnya komunikasi dan saling memahami dalam perkahwinan.
Pelakon, Ozlynn berpendapat bersefahaman adalah antara kunci penting dalam memastikan keharmonian rumah tangga.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Ozlynn secara tidak langsung terpanggil untuk memberikan pandangannya susulan satu soalan individu yang bertanyakan mengenai hal berkaitan dengan nafkah dalam perkahwinan.
Individu tersebut bertanya sama ada wajar untuk menuntut nafkah dalam bentuk wang, meskipun suami beranggapan keperluan asas seperti tempat tinggal dan makan minum sudah memadai.
“Wife to wife nak tanya, jika suami tu cakap dalam islam nafkah ni untuk isteri adalah tempat tinggal makan apa semua kan, tapi nafkah duit tak wajib pun bagi. Kalau korang kan korang tuntut tak duit nafkah tu? Maaf sekadar bertanya sahaja sebab hangat isu ni,” tulis individu berkenaan.

Menjawab persoalan itu, isteri kepada pelawak Johan ini juga berpendapat keperluan asas sememangnya termasuk dalam tanggungjawab suami.
Bagaimanapun Ozlynn menegaskan, sikap keterbukaan suami mengenai keadaan kewangan dapat membantu isteri memahami situasi dalam rumah tangga.
“Betul lah tu, tapi kalau suami tu nak murah rezeki, jangan kedekut dengan isteri. Doa isteri pun penting untuk dia.
“Senang cerita suami dan isteri saling memerlukan. Isteri juga kena faham situasi suami. Suami perlu jujur dengan isteri.
“Supaya isteri faham keadaan kewangan, yang penting suami tu bukan pemalas lah kan.
“Senang cakap, isteri tenang dan happy, boleh auto nampak bahagia dan rezeki tu mencurah. Suami pula kalau ada rezeki lebih jangan kedekut kongsi dengan isteri,” kongsinya.
Sementara itu, rata-rata netizen juga bersetuju dengan pandangan Ozlynn dan memberikan respon balas yang positif.
Sumber: Threads