Sekilas
- Pelakon Yusof Bahrin menawarkan keahlian gimnasium percuma kepada pengikutnya di media sosial sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat.
- Beliau meluahkan rasa hairan melihat ramai yang kurang mengambil berat tentang kesihatan diri dalam satu hantaran di Threads.
- Tawaran tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang berminat untuk menyertai dan meminta tarikh pendaftaran ditetapkan.
Pelakon, Yusof Bahrin mencuri perhatian ramai apabila mahu menawarkan gimnasium percuma kepada pengikutnya di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, Yusof meluahkan rasa hairan melihat masih ramai individu yang kurang mengambil berat tentang kesihatan diri.
“Geram la tengok ramai orang tak nak sihat ni. Meh sini saya belanja GYM Membership. Nak?” tulisnya ringkas.
Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya teruja dengan tawaran berkenaan.
Malah, ada yang terus menyatakan hasrat untuk menyahut cabaran tersebut dan meminta Yusof menetapkan tarikh pendaftaran.
"Okey set date daftar hahha
"Nak 3. me and my sibs. jangan tak balas eh.
"Mahu Menarik bro nak !
"Saya nak turun dari 120 to 68kg ni.
"Nak bang,kalau boleh dgn personal trainer skali ye," komen netizen.