Skip to main content

Hiburan

Netizen Persoal Nana Mahazan & Althea Tak Hadir Ke 'TTMM2' Selepas Tersingkir, Ini Jawapan Tuan Badan - “Sebab Isnin Saya…”

ASTROGEMPAK Nana Mahazan

Sekilas

  • Nana Mahazan dan anaknya, Althea, tidak hadir ke program Talk To My Manager 2 selepas tersingkir kerana komitmen kerja dan persekolahan.
  • Individu di Threads mempersoalkan kenapa mereka tidak muncul sebagai penonton untuk sokong peserta lain yang masih bertanding.
  • Nana menjelaskan mereka akan hadir pada minggu akhir program walaupun jadual mereka sangat padat.

Seorang individu di Threads mempersoalkan pengacara tindakan pengacara, Nana Mahazan dan anaknya, Althea yang didakwa tidak pernah hadir ke program Talk To My Manager 2 selepas tersingkir daripada pertandingan itu.

 

Menurut individu tersebut, semua peserta yang telah tersingkir dilihat kembali hadir sebagai penonton bagi memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang masih bertanding.

 

“Saya perhati artis yang tersingkir akan muncul sebagai penonton untuk konsert minggu depan seperti Fariedz, Fazley, Ratu, Viviana tapi tak pernah tengok Athea dan Nana hadir. 

 

“Kenapa ye? Tak nak support ke kawan-kawan yang masih berada dalam program tu? atau merajuk?” tanya individu tersebut. 

 

Menjawab persoalan itu, Nana menjelaskan ketidakhadirannya bukan disebabkan merajuk atau enggan memberikan sokongan, sebaliknya atas faktor komitmen kerja dan persekolahan Althea.

 

Menurut Nana, dia perlu bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari Isnin untuk bekerja, manakala Althea pula perlu hadir ke sekolah seperti biasa.

 

“Assalamualaikum… sebab Isnin saya kerja bangun pukul 4 pagi, dan Althea sekolah… masa konsert tu memang sengsara nak pergi kerja. Sebab saya tidur lambat sangat.

 

“Tula tak nak la nanti kerja tak perform kan… final InsyaAllah saya dan Althea datang,” balasnya. 

 

Untuk info, Datuk A. Aida bersama anaknya, Azeva, Jamilulhayat dan Hussain; Safura dan Kim Khairii; Adira dan Anggrek; serta Datuk Seri Vida dan Cik B berjaya mara ke minggu grand finale.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement