Skip to main content

Hiburan

Pablo Amirul Tegur Aisar Khaled, Minta Henti Bersuara Isu ‘Maid’ Didakwa Dipukul Majikan - “Money Is Not The King & Lesen Untuk…”

ASTROGEMPAK Pablo Amirul

Sekilas

  • Pelakon Pablo Amirul menegur pempengaruh Aisar Khaled supaya berhenti bercakap mengenai isu pasangan suami isteri didakwa memukul pembantu rumah yang tular baru-baru ini.
  • Pablo menasihatkan Aisar supaya fokus pada isu dalaman Malaysia dan mengingatkan bahawa kekayaan bukan tiket untuk kebebasan bersuara.
  • Aisar Khaled sebelum ini memohon maaf secara terbuka atas kesilapan berkongsi pandangan tanpa penelitian mengenai insiden keganasan tersebut.

Pelakon Pablo Amirul menegur tindakan pempengaruh Aisar Khaled yang menyuarakan pendapat mengenai isu melibatkan pasangan suami isteri didakwa memukul pembantu rumah yang tular baru-baru ini. 

 

Menerusi Threads, Pablo meminta Aisar untuk berhenti bercakap mengenai perkara tersebut yang akan mengundang lagi kemarahan netizen Malaysia. 

 

“Brother… enough! Jangan tunggang lagi. Kadang-kadang diam lebih baik. Lagi banyak anda buat konten, lagi ramai orang benci anda. SubhanaAllah lebih baik fokus isu dalaman Malaysia. 

 

“Malaysian kan? Jangan tegak benang basah dan fokus pada Malaysia dengan reputasi dan pengaruh anda,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Pablo turut berpendapat wang dan kekayaan bukan satu tiket untuk mempunyai hak kebebasan bersuara. 

 

“Allah bagi kelebihan pada kamu gunakan cara betul… money is not the king dan lesen kekayaan bukan kebebasan bersuara,” ujarnya lagi. 

Sebelum ini, Aisar Khaled memohon maaf secara terbuka selepas video berkaitan insiden keganasan terhadap pembantu rumah warga Indonesia tular di media sosial.

 

Dia mengakui tidak membuat penelitian secukupnya sebelum berkongsi pandangan dan bertanggungjawab atas kesilapan tersebut.

 

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan mendapat perhatian meluas termasuk dari negara jiran.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement