Skip to main content

Konsert

MPO Beri Penghormatan Untuk Biduanita Negara Sharifah Aini Di Konsert ‘A Tribute To Sharifah Aini’

MPO Tribute To Sharifah Aini

Sekilas

  • Orkestra Filharmonik Malaysia akan mengadakan konsert 'A Tribute to Sharifah Aini' pada 6 Jun 2026 di Dewan Filharmonik PETRONAS sebagai penghormatan kepada legasi biduanita negara.
  • Konsert ini menampilkan vokalis veteran seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, serta penyanyi muda Asmidar dan Shiha Zikir yang membawakan lagu-lagu hits dan medley khas Sharifah Aini.
  • Gubahan muzik khas oleh beberapa komposer terkenal akan mempersembahkan karya Sharifah Aini dalam interpretasi baru, dengan tiket dijual pada harga RM249 hingga RM499.

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) mengambil inisiatif mengangkat warisan seni dan muzik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi konsert ‘A Tribute to Sharifah Aini’ yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan.

Walaupun telah kembali ke rahmatullah sejak tahun 20l4, keunggulan vokal dan kerjayanya yang luar biasa masih menjadi bualan ramai yang rata-raa mengagumi suara merdu biduanita negara tersebut.

Digelar 'anak emas EMI', jualan album Allahyarham juga mencapai tahap Emas dan Platinum, menjadikan dirinya antara artis rakaman paling laris sepanjang zaman.

Sepanjang kerjaya, Sharifah Aini telah merakamkan kira-kira 700 buah lagu dan melahirkan lebih daripada 100 album termasuk kompilasi, runut bunyi, kolaborasi dan album Inggeris.

Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini dirancang dengan teliti bagi mencerminkan setiap sisi seni dirinya, bermula dari genre pop, balada, tradisional hinggalah lagu filem dan Inggeris.

Pilihan karya ini merangkumkan diskografi beliau yang luas dan bakal menjadikan ia sebuah konsert yang membangkitkan nostalgia dan kekuatan muzik seorany anak seni yang tiada batas.

Konsert ini bakal menampilkan penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan.

Khadijah akan mengalunkan lagu ‘Hapuslah Airmatamu’, ‘Kudaku Lari’ dan medley ‘Kau Tinggi Di Awan Biru/Terbang Helang/Rindu’.

Manakala Salamiah pula akan membawa penonton mengimbau kenangan melalui lagu ‘Kenang Daku Dalam Doamu’, ‘Tiada Maaf Bagimu’ dan medley Inggeris ‘Forever And Ever/l Have A Dream/Will You Still Love Me Tomorrow’.

Selain itu, penyanyi muda berbakat besar, Asmidar pula akan membawakan lagu hit pertama Sharifah Aini iaitu ‘Seri Dewi Malam’, medley tradisional ‘Di Pinggir Kayangan/Sayang Musalmah/Gunung Banang’ dan medley pop, ‘Oh Di Mana/Surat Dari Seberang/Yang Ditunggu Tak Tiba’.

Sementara itu, penyanyi popular, Shiha Zikir akan memberi penghormatan kepada mentornya melalui lagu ‘Mawar Putih Untuk Mama’ dan ‘Bunga Tanjung’ yang pernah digelar sebagai ‘lagu yang sukar tapi mampu dibawakan dengan penuh sensitiviti dan keyakinan oleh Sharifah Aini’ oleh majalah Asean Review pada tahun 1977.

Kesemua lagu diberi gubahan khas untuk MPO oleh sentuhan emas Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Lugman Aziz dan Ahmad Muriz sendiri, membolehkan penonton menikmati legasi ini dalam interpretasi yang belum pernah didengari sebelum ini.


Maklumat konsert:

Tarikh: Sabtu, 6 Jun 2026, jam 8.00 malam

Tempat: Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra: Orkestra Filharmonik Malaysia

Konduktor: Ahmad Muriz Che Rose

Vokalis: Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar, Shiha Zikir


 

Maklumat Tiket:
RM399, RM349, RM299, RM249, Suite (RM449/RM499 seorang).

Tempahan Telefon: 03-23317007

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPO: www.mpo.com.my

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

Must-Watch Video

Advertisement