Skip to main content

Hiburan

90 Peratus Tiket Dah Terjual, Wali Band Janji Bakal Beri Energi Luar Biasa Di Bukit Jalil - “Kami Mahu Tebus Kekecawaan Peminat”

Astro Gempak 423

Sekilas

  • Konsert Wali di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 1 Mei hampir habis tiket dengan hampir 90% terjual, menunjukkan sambutan hangat peminat di Malaysia.
  • Wali Band akan membawakan lagu-lagu hit popular seperti Aku Bukan Bang Toyib dan Tobat Maksiat dengan persembahan lebih bertenaga dan interaksi rapat bersama peminat.
  • Peminat disarankan hadir awal dan mendapatkan tiket segera kerana baki tiket sangat terhad, dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan sebelum konsert bermula.

Bahang Konsert Wali Kembali semakin terasa apabila hampir 90 peratus tiket telah pun terjual, sekali gus membuktikan keterujaan luar biasa peminat untuk menyaksikan persembahan kumpulan popular dari Indonesia itu secara langsung.

Konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 1 Mei ini dijangka menjadi antara persembahan paling dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi selepas peminat tidak berpeluang menikmati sepenuhnya lagu-lagu hit mereka dalam konsert RadjaWali sebelum ini.

Antara lagu yang pastinya menjadi siulan ramai termasuk Aku Bukan Bang Toyib, Tobat Maksiat, Yank, Cari Jodoh dan Baik-Baik Sayang.

Wakil penganjur, Mubarak Akhtar Mohd Aris berkata, sambutan yang diterima di luar jangkaan dan amat membanggakan.

“Kami amat berbesar hati melihat sokongan padu daripada peminat di Malaysia. Ini membuktikan muzik Wali Band masih relevan dan dekat di hati ramai.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang berkualiti dari segi produksi serta kepuasan penonton,” katanya.

Dalam masa sama, anggota Wali Band yang dianggotai Faank, Apoy, Tomi dan Ovie turut meluahkan keterujaan untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur.

Menurut vokalisnya, Faank, mereka berharap dapat mengulangi energi luar biasa seperti yang diterima ketika menjayakan konsert di Kota Kinabalu sebelum ini.

“Respon peminat di Sabah sangat mengagumkan, seolah-olah kami beraksi di Indonesia.

“Kami harap dapat terima energi yang sama di Kuala Lumpur dan Insya-Allah akan berikan persembahan terbaik.

“Kali ini konsert solo, jadi ia satu penghormatan besar buat kami. Kami mahu hiburkan peminat dan tebus kekecewaan mereka dengan lagu-lagu hit,” katanya.

Tambahnya, konsert kali ini bakal tampil lebih bertenaga dengan susunan muzik segar selain interaksi lebih dekat bersama peminat.

Orang ramai disarankan hadir seawal pukul 4 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas memandangkan beberapa acara besar lain turut berlangsung di sekitar Bukit Jalil.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan DJ turut disediakan di luar perkarangan stadium bagi menghiburkan peminat yang hadir lebih awal.

Dengan baki tiket yang semakin terhad, peminat digesa mendapatkan tiket segera bagi mengelakkan kekecewaan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement