Sekilas
- Iqbal Zulkefli berkongsi pandangan tentang lelaki panas baran yang sukar dikesan kerana sikap mulut manis dan romantik mereka.
- Wanita dinasihatkan untuk bawa lelaki jumpa keluarga dan perhatikan cara mereka berinteraksi terutama ketika menghadapi masalah atau konflik.
- Perangai sebenar lelaki juga boleh dilihat ketika memandu atau jika mereka mudah marah dan menggunakan kata-kata kesat.
Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli tampil berkongsi pandangan mengenai sikap lelaki panas baran berserta tanda-tanda yang boleh diperhatikan oleh wanita sebelum menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Iqbal ramai wanita mudah terpesona dengan sikap romantik dan layanan manis yang ditunjukkan oleh seseorang lelaki sehingga terlepas pandang beberapa petanda penting.
“Lelaki panas baran paling susah wanita nak kesan sebab biasanya mereka ni jenis mulut manis, romantik, berpelajaran.
“Kena bawa jumpa berkumpul keluarga yang lain. Wanita bila jatuh hati gelap mata. Benda ni paling bahaya,” coretnya.
Iqbal berkata demikian sebagai menjawab soalan netizen yang meluahkan rasa takut untuk berkahwin.
“Takutlah nak kahwin. Takut masa bercinta dia tunjuk macam green flag sangat, tapi lepas kahwin baru nampak perangai,” tulis individu tersebut.

Dalam hantaran yang sama juga, Iqbal turut menasihatkan wanita supaya memberi perhatian kepada cara seseorang lelaki berinteraksi dengan orang lain, terutama ketika berdepan masalah atau konflik.
“Cuba tengok macam mana dia tangani masalah dengan orang lain.
“Kalau mulut maki hamun, naik tangan tu petanda. Satu lagi, masa memandu kereta boleh nampak perangai sebenar,” ujarnya.