Skip to main content

Rancangan Realiti

Kilauan Emas 2025: Nurul Tersingkir, Mazleen Pula Rampas Takhta Zekrai

Kilauan Emas 2025 Nurul tersingkir

Konsert Kilauan Emas 2025 minggu keempat menyaksikan Nurul diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Membawa lagu berjudul Ayam Den Lapeh nyanyian asal Anita Sarawak, Nurul telah melakukannya dengan baik sekali.

Advertisement

Bagaimanapun Nurul terpaksa akur apabila nasib tidak menyebelahi dirinya dan berada di kedudukan terakhir dengan markah sebanyak 59.04 peratus.

Dalam pada itu, tempat pertama pula menjadi milik Mazleen dengan markah 79.07 peratus.

Manakala Kinar sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Emas Berkilau Of The Week buat minggu keempat Kilauan Emas 2025.


Berikut merupakan markah penuh konsert di minggu keempat:

1. Mazleen - 79.07%

2.Zanie - 78.45%

3.Nawary - 77.61%

4.Majid - 72.71%

5.Zekrai - 68.94%

6.Kinar - 68.67%

7.Leeza - 66.06%

8.Ezan - 63.24%

9.Shah - 59.39%

10.Nurul - 59.04%

Kilauan Emas 2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Kilauan Emas 2025 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas. 

Barisan juri pula mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama pelawak Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura. 

Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik selepas konsert berlangsung dan bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima.

Manakala Keanu Azman dan Sarah Karmila pula diberi tanggungjawab sebagai hos Live+.

Kilauan Emas 2025 turut boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.

Must-Watch Video