Skip to main content

Hiburan

Kenal Berbulan Tanpa Nombor Telefon, Cinta Radin & Isteri Bermula Dari…

Astrogempak RADIN

Sekilas

  • Isteri penyampai radio ERA, Radin, Nur Amirah berkongsi kisah perkenalan mereka yang bermula secara santai melalui DM di media sosial tanpa bertukar nombor telefon selama beberapa bulan.
  • Radin mengakui tidak pernah mengayat atau cuba menggoda isterinya sepanjang tempoh mereka berkenalan.
  • Radin dan Nur Amirah selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan sederhana di Ukay Perdana yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Isteri kepada penyampai radio ERA, Radin iaitu Nur Amirah berkongsi detik awal perkenalan mereka yang bermula secara sederhana menerusi media sosial.

Menurut Nur Amirah, hubungan mereka bermula hanya melalui mesej peribadi (DM) tanpa melibatkan pertukaran nombor telefon dalam tempoh yang agak lama.

“Dia berkenalan dengan saya dekat media sosial, tapi dia tak minta nombor telefon sampai berbulan-bulan kami kenal. 

"Kami berkomunikasi hanya menerusi DM sahaja. Jumpa kali pertama juga dia ajak melalui DM; sampai lah satu masa baru dia minta. Sebelum ini tak pernah lagi orang ajak keluar menerusi DM,” katanya.  

Dalam pada itu, Radin juga mengakui dia tidak pernah mengayat isterinya sewaktu fasa perkenalan mereka. 

“Sepanjang sesi kenal dengan dia (isteri) saya tak pernah flirt dengan dia, saya tak pernah try dia dan mengayat,” tambah Radin 

Terdahulu, Radin selamat diijabkabulkan dengan Nur Amirah Shamsulbahrin dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Ukay Perdana.

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Shamsulbahrin dalam suasana sederhana namun meriah.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman, serta dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement