Skip to main content

Berita Tempatan

534 Pelajar Straight A, PTTI Diiktiraf Kali Ketiga Malaysia Book of Records

Astro Gempak ptti (2)

Sekilas

  • PTTI Group berjaya melahirkan 534 pelajar dengan keputusan Straight A dalam SPM 2025, sekali gus mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records buat kali ketiga.
  • Seramai 158,423 pelajar mendapat manfaat daripada program seminar SPM yang dianjurkan PTTI sepanjang tahun 2025.
  • Majlis Anugerah Inspirasi 2026 diadakan di Putrajaya dengan kehadiran tokoh dan selebriti, menandakan kejayaan pendekatan pendidikan digital PTTI dalam melahirkan pelajar cemerlang.

PTTI Group Sdn. Bhd. sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melahirkan seramai 534 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang ‘Straight A’ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Pencapaian tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan PTTI sebagai antara peneraju dalam bidang pendidikan digital di Malaysia.

Lebih membanggakan, kejayaan ini turut melayakkan PTTI menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records buat kali ketiga selepas rekod terdahulu pada tahun 2022 dan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman memaklumkan secara keseluruhan sebanyak 31,987 gred A berjaya direkodkan oleh pelajar di bawah bimbingan mereka bagi SPM tahun ini.

Selain itu, seramai 158,423 pelajar turut mendapat manfaat daripada program seminar SPM yang dianjurkan sepanjang 2025.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan PTTI dalam memastikan pencapaian sebenar pelajar.

“Kami sentiasa memberi fokus kepada hasil dan kemenjadian pelajar, bukan sekadar menamatkan silibus pembelajaran,” katanya.

Antara pelajar cemerlang yang mencuri perhatian ialah Alyssa Dezek yang turut berkongsi pengalaman pembelajarannya bersama PTTI.

“Saya mula menyertai PTTI sejak tingkatan tiga. Teknik pengajaran yang digunakan sangat jelas dan mudah difahami, membolehkan saya menguasai pelajaran dalam masa singkat. Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh 9A dalam SPM,” katanya.

Dalam masa sama, Chief Growth Officer PTTI, Race Monsopiad atau Sir Race memaklumkan bahawa lebih 150,000 pelajar telah dibantu menerusi seminar yang dianjurkan sepanjang tahun lalu.

“Sepanjang 2025, seramai 158,423 pelajar sudah dibantu. Bersempena pencapaian ini, PTTI akan menganjurkan Seminar Percuma SPM di seluruh negara bermula 4 hingga 10 Mei 2026. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi kami,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah PTTI, Asyraf Khalid menegaskan bahawa pencapaian tersebut bukanlah kebetulan, sebaliknya hasil daripada sistem pendidikan yang tersusun dan usaha berterusan semua pihak.

“Kami tidak bina nama PTTI di atas nama guru. Kami bina nama PTTI di atas nama pelajar kami. 534 Straight A bukan kebetulan ini adalah hasil sistem yang betul, guru yang sabar, dan pelajar yang tidak menyerah.

“Kami bangga, tapi kami tidak berhenti di sini. Impian seterusnya adalah 1,000 Straight A,” katanya.

Turut menjadi inspirasi ialah kisah pelajar, Armaan Aqil Bin Mohammed Ackmal yang berjaya memperoleh 11A dalam SPM 2025 selepas bermula dengan gred G dalam subjek Kimia pada peperiksaan pertengahan tahun.

Dalam perkembangan sama, lebih 4,000 pelajar bersama ibu bapa membanjiri Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sempena Majlis Anugerah Inspirasi 2026 anjuran PTTI.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi sesi pagi, manakala sesi petang disempurnakan oleh Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang turut menyampaikan ucapan inspirasi kepada para pelajar.

Acara turut diserikan dengan kehadiran barisan tokoh dan selebriti tempatan termasuk Azizan Osman, Awie, M. Nasir, AC Mizal, MK K-Clique, Iman Troye, Hael Husaini, Bella Astillah dan Zaki Yamani.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan digital, malah menunjukkan potensi besar pelajar Malaysia untuk terus cemerlang di peringkat lebih tinggi.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement