Skip to main content

Selebriti

Azeva Terkejut Terima Hadiah Telefon Pintar Bernilai Hampir RM3000 Daripada Peminat - "Janganlah Bazirkan Duit Kalian"

Bakar isteri

Sekilas

  • Azeva Natassha dari Talk To My Manager 2 terkejut menerima telefon pintar bernilai RM3,000 daripada seorang peminatnya.
  • Selain telefon, dia juga menerima sejambak bunga ros merah dan nota daripada peminat tersebut.
  • Walaupun menghargai hadiah itu, Azeva dan pengurusnya memohon peminat supaya tidak membazirkan wang untuk hadiah mahal.

Bintang Talk To My Manager 2, Azeva Natassha meluahkan rasa tidak percaya selepas menerima sebuah telefon pintar daripada salah seorang peminatnya. 

Menerusi perkongsian potongan klip siaran langsung, Azeva dilihat terkejut selepas mengetahui harga sebenar telefon tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut menerima  sejambak bunga ros berwarna merah bersama sekeping nota dari peminatnya itu.

"Ada telefon pintar. Berapa harga ni kalian? RM3,000 harga tu? Biar betul. Mahalnya.

"Terima kasih tapi mahal sangat. Ada bunga juga dalam beg kertas ni. Saya sangat hargainya," katanya.

Dalam masa sama, anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, A.Aida merangkap pengurusnya dalam program TTMM2 itu memohon agar peminatnya tidak membelanjakan wang pada dirinya terutama jika nilai harganya tinggi.

"Bagi saya ratusan ringgit pun mahal. Kalau dah sampai RM100 pun mahal, janganlah bazirkan duit kalian," ujarnya.

Bagaimanapun, Azeva merakamkan penghargaannya buat peminatnya itu, selain memaklumkan bahawa hadiah tersebut amat berguna buat dirinya.

"Tapi apa pun, saya sangat hargai pemberian ini sebab saya sememangnya memerlukan telefon pintar lagi satu," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

CNY Gift Set Giftbox 新年礼盒 年饼 送礼 2026

CNY Gift Set Giftbox 新年礼盒 年饼 送礼 2026

DHERBS SET JIMAT AURA SERI COMBO 2

DHERBS SET JIMAT AURA SERI COMBO 2

UGREEN 20W PD Fast USB Charger Quick Charge 4.0 3.0 Charger compatible for iPhone 16 15 14 13 12 11 X XS XR 8 For IOS 15 system

UGREEN 20W PD Fast USB Charger Quick Charge 4.0 3.0 Charger compatible for iPhone 16 15 14 13 12 11 X XS XR 8 For IOS 15 system

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Must Watch Video

Advertisement