Skip to main content

Selebriti

Izreen Azminda Syukur Konflik Bersama Intan Salleh Selesai Cara Baik - “Saya Juga Ingin Mohon Maaf Jika Sebarang Tindakan Atau Perbuatan Sebelum Ini Mengguris Hati intan & Mana-Mana Pihak”

Izreen berbaik dengan Intan

Sekilas

  • Pelakon Izreen Azminda mengumumkan kemelut dengan bekas madunya, Intan Salleh, telah diselesaikan secara baik dan berharap hubungan mereka kekal harmoni demi kebahagiaan bersama.
  • Izreen memohon maaf jika ada kenyataan atau tindakan sebelum ini yang mengguris hati mana-mana pihak dan berjanji akan berkongsi perkara peribadi tanpa merujuk kepada sesiapa selepas ini.
  • Izreen turut mengucapkan terima kasih kepada peguamnya yang banyak membantu sepanjang proses penyelesaian kes tersebut.

Pelakon, Izreen Azminda melahirkan rasa syukur apabila kemelut bersama bekas madunya, Intan Salleh akhirnya diselesaikan secara baik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Izreen memaklumkan dia berharap agar hubungannya bersama dengan Intan selepas ini berjalan dengan baik tanpa sengketa demi kebahagiaan masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah Ya Allah… Akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Terima kasih Intan.

“Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama terutamanya untuk anak-anak,” coretnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan dirinya berpelukan bersama Intan di hadapan sebuah Mahkamah.

Dalam hantaran yang sama, Izreen menegaskan dia tidak akan menulis sebarang kenyataan yang boleg mengguris hati mana-mana pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak.

“Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak,” maklumnya.

Izreen juga berharap agar ikatan yang terjalin semula itu akan sentiasa dipelihara dengan baik.

“Semoga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan kita ke arah yang lebih baik. Insha-Allah.

“Terima kasih sekali lagi Intan. Ya Allah… Jagalah dan lindungilah hubungan ini sebaiknya. Semoga ikatan yang terjalin semula ini sentiasa dalam pelukkan Allah SWT. Amin.

“Dan tak lupa buat lawyer kesayangan hamba yang sentiasa bersama dari mula hingga ke akhirnya.

“Sentiasa menasihati dan memberikan jalan yang terbaik buat saya, banyak yang saya belajar dari En Hafiz,” tulisnya.

 

 Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Radzi Abdi Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017. 

 

Ude sebelum itu pernah berkahwin dengan Intan pada 1 Mac 2013 namun bercerai pada 22 Mac 2018.

Sumber: Instagram @izreen.azminda

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Must-Watch Video

Advertisement