Sekilas
- Diana Danielle berkongsi rasa tidak yakin sebagai ibu yang perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga dalam perkongsian di Threads.
- Walaupun sering rasa penat dan ragu, Diana tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya dan menghargai kata-kata manis mereka sebagai sumber kekuatan.
- Anak-anak Diana juga berjanji akan menjaga dirinya suatu hari nanti, membuatkan Diana rasa disayangi dan menemui ketenangan dalam hidupnya.
Pelakon dan penyanyi Diana Danielle berkongsi luahan peribadi mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu menerusi platform Threads.
Dalam perkongsian tersebut, Diana mengakui dirinya tidak pernah benar-benar yakin dengan kemampuan sebagai seorang ibu, terutama apabila perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
“Saya tak sedih anak-anak makin membesar. Saya bangga dengan diri sendiri yang tak pernah rasa saya seorang ibu yang baik. Saya habiskan banyak masa bekerja, saya menjadi breadwinner sejak remaja sampai sekarang. I only know how to work,” tulisnya.
Menurut Diana, situasi itu menyebabkan anak-anaknya terpaksa berkongsi masa dengan kerjayanya.
“So my kids selalu kena share their mom with her career.
“I always doubt myself. Saya cukup ke untuk anak-anak. Saya tak larat nak layan mereka kadang-kadang. I worry that they might feel distant,” luahnya.
Namun di sebalik semua itu, Diana menegaskan bahawa dia tetap berusaha memberikan yang terbaik walaupun berdepan keletihan dan kekangan masa.
“But I memang tahu I all out as a mom, walau penat walau sakit, saya cari juga masa dan wang untuk bagi mereka happy,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Diana turut berkongsi kata-kata anak-anaknya yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
“You know what, sekarang, every day saya akan dengar ‘thank you Ibu for working so hard for us’, ‘thank you for being the kindest mom’, ‘you’re the sweetest mom I can ever ask for’, ‘thank you for all your sacrifices, you’re perfect to me’.
“Ibu, if you think you’re not doing enough or good enough, just know that you’re a great mom and I love you more than this whole universe,” antara ungkapan yang sering didengarinya.
Tambahnya lagi, anak-anaknya juga pernah menyatakan hasrat untuk menjaga dirinya suatu hari nanti.
“‘One day, you don’t need to work anymore, I’ll take care of everything’,” kongsinya.
Diana juga akui tidak pernah menyangka dirinya akan disayangi sebegitu rupa oleh anak-anak.
“Tak pernah fikir saya akan disayangi begitu oleh anak-anak. Allah maha pengasih lagi maha penyayang, melalui mereka saya kembali menemui nilai diri, ketenangan dan kejelasan hidup.
“So much to say, but I’m really thankful for my two angels… memang kiriman paling indah yang pernah saya miliki,” ujarnya.