Skip to main content

Artis Antarabangsa

Hampir 17 Bulan Bercerai Dengan Hero Batman, Jennifer Lopez Akui Lebih Gembira

Jennifer Lopez

Sekilas

  • Jennifer Lopez rasa lebih ceria dan bebas selepas hampir 17 bulan bercerai dengan Ben Affleck.
  • Dia mengakui fasa solo ini adalah yang paling membahagiakan dan memberi peluang untuk kenal diri sendiri dengan lebih baik.
  • Lopez juga mengambil masa setahun berehat dari dunia hiburan untuk terima perubahan dalam hidupnya.

Penyanyi Hollywood, merasakan kehidupannya menjadi lebih ceria selepas hampir 17 bulan berpisah dengan bekas suami yang juga pelakon hebat Hollywood, Ben Affleck.

Menerusi teaser baharu program temu bual Good Morning America, pelantun lagu ‘On The Floor’ itu juga memberi bayangan kehidupan solo merupakan fasa paling membahagiakan dalam hidupnya.

Ujar Lopez, dia lebih mengenali dirinya yang sebenar serta menikmati kebebasan yang tidak pernah dirasai selepas bercerai dengan Affleck.

“Saya berada dalam era bahagia saya. Buat pertama kali dalam hidup, saya rasa bebas. Saya sendiri dan ia terasa sangat baik,” katanya.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 56 tahun itu tidak menafikan bahawa dia mengambil sedikit masa untuk menerima apa yang telah berlaku sehinggakan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia hiburan.

“Saya berhenti seketika selama setahun. Saya batalkan jelajah dan hanya berada di rumah untuk menerima apa yang berlaku tanpa melarikan diri melalui kerja atau orang lain,” jelasnya.

Untuk rekod, Lopez dan Affleck mendirikan rumah tangga pada Julai 2022 selepas kembali menjalinkan hubungan cinta hampir dua dekad sejak pertunangan pertama mereka pada awal 2000-an.

Mereka kemudiannya berpisah dan bercerai pada Ogos 2024 selepas dua tahun berkahwin.

Sumber: InStyle

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement