Skip to main content

Selebriti

Erynne Erynna Tegur Sikap Suka Ambil Tahu Hal Orang - “Kita Perlu Normalisekan Untuk Diam Melainkan…”

Erynne Erynna Tegur Sikap Suka Ambil Tahu Hal Orang

Pelakon, Erynne Erynna berpendapat setiap individu tidak sepatutnya terlalu sibuk mencampuri urusan peribadi orang lain terutama yang melibatkan hal keluarga dan rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Erynne berkata sudah tiba masanya untuk semua orang menormalisasikan sikap berdiam diri dalam perkara yang bukan urusan sendiri.

Advertisement

“Kita perlu normalise kan untuk berdiam dan tidak ambil tahu hal yang tidak perlu kita ambil tahu. Contohnya, hal keluarga orang, hal rumah tangga orang dan sebagainya. 

“Melainkan mereka minta pertolongan, nasihat atau pendapat kita.

“Yes, they should just keep things private if tak nak dinasihati, dikecam, dicomment etc. Thats on them. 

“Tapi kita ni pun ada pilihan untuk diam dan doakan yang terbaik atau comment itu ini dan sebagainya atas benda yang kita tak nampak atau tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Erynne turut mengingatkan dirinya dan masyarakat supaya berhati-hati dengan setiap perkongsian di internet, kerana semuanya akan kekal selama-lamanya.

“Reminder for myself, whatever i post or comment on social media will stay forever on the internet and itu semua akan dihitung dan disoal di akhirat. 

“Yang khilaf atau salah atau silap, cepat cepat delete and repent, tetapi lebih baik jika kita semua fikir sebelum buat apa apa pun.

“Ada yang menjadi pahala berpanjangan, dan ada yang menjadi beban dosa yang berlarutan,” coretnya.
 

Berikut merupakan perkongsian penuh Erynne:

 

Must-Watch Video

Advertisement