Skip to main content

Selebriti

Jofliam Perjelas Dakwaan Piza Tak Masak, Sedia Tukar ‘One-To-One’ Jika Tak Puas Hati - “Punca Dari Oven Non Stop…”

Jofliam komen piza tak masak

Sekilas

  • Jofliam jelaskan isu piza tidak masak sepenuhnya berpunca daripada oven yang digunakan secara berterusan sehingga menjejaskan keseimbangan haba.
  • Beliau mengakui sebahagian piza terpaksa dibuang kerana tidak mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dan menawarkan penukaran one-to-one jika pelanggan tidak berpuas hati.
  • Setakat ini, Jofliam belum menerima sebarang aduan langsung mengenai isu tersebut dan berjanji akan terus memperbaiki kualiti produk.

Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan membabitkan piza jualannya yang dikatakan tidak masak sepenuhnya.

Menerusi ruangan komen pada satu hantaran di Instagram miliknya, Jofliam perkara itu boleh berlaku disebabkan keadaan oven yang digunakan secara berterusan sehingga menjejaskan keseimbangan haba ketika proses memasak.

Malah Jofliam juga mengakui situasi itu turut menyebabkan sebahagian piza terpaksa dibuang kerana tidak mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.

“Dough tak masak adalah problem dari oven non stop. Untuk masak pizza bukan hanya api, tapi kepanasan batu bawa dan pressure heat yang terhasil.

“Kepanasan api tak balance dengan batu bawah akan terhasil jika production non stop. Tambah-tambah hanya gunakan oven kecil bukan dome oven.

“Sebab tu dalam 100 pizza yang masak, 20-30 akan jadi wastage. Kalau yang koyak dalam oven, senang kita terus buang.

“Jadi sukar bila ada yag terjadi elok, tapi ada part tak masak disebabkan batu oven dah drop. Nampak masak dari kepanasan api sahaja,” jelasnya.

Jelas Jofliam lagi, pihaknya sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menawarkan penukaran ‘one-to-one’ sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan produk diterima.

“Sebab itu di pwj, dari dulu kita menawarkan penukaran one to one jika customer tak berpuas hati.

“Kita cuba bagi yang terbaik dalam masa sama guarantee jika berlaku sebalik nya,” tegasnya.

Bagaimanapun, Jofliam memaklumkan setakat ini dia masih belum menerima sebarang aduan secara langsung berkaitan isu berkenaan.

“Tetapi untuk isu ini, setakat ini saya belum menerima aduan apa-apa direct pada saya setakat semalam.

“Jika ada, sudah tentu saya sendiri akan ambil maklum dan membantu. Insya-Allah doakan supaya kami boleh memberikan yang lebih baik,” maklumnya.

Terdahulu, tular di platform Thread mengenai seorang individu mendakwa Piza yang dibeli di restorannya, PWJ Express baru-baru ini.

Perkara itu mendapat perhatian ramai dan mengundang pelbagi reaksi netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement