Skip to main content

Hiburan

Elak Fitnah & Salah Faham, Mimie Haris Umum Sudah Bercerai - "Saya Dah Tamat Tempoh Iddah..."

Mimie Haris

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris mengumumkan sudah berpisah dengan suaminya, Khairril Anuar Md Dahilin.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Mimie menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut Mimie, masing-masing kini memilih untuk meneruskan kehidupan sendiri secara matang dan profesional, selain memberi fokus terhadap tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan datang, saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya. Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan.

“Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing dan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami,” katanya.

Dalam masa sama, Mimie turut memaklumkan bahawa dia juga telah tamat menjalani tempoh iddah. 

“Saya juga sudah tamat tempoh iddah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Mimie mendirikan rumah tangga bersama Khairril pada 16 Oktober 2022.

Hasil perkahwinan tersebut mereka berdua dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Untuk rekod, Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement