Sekilas
- Pelakon Fiza Halim berkongsi kegembiraan apabila anak perempuannya, Ferra Aryana, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dengan keputusan straight A.
- Fiza meluahkan rasa syukur dan bangga di Instagram sambil mengucapkan tahniah kepada Ferra dan semua pelajar yang berjaya.
- Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang turut memuji kecantikan Ferra dan mengucapkan tahniah atas pencapaiannya.
Pelakon, Fiza Halim berkongsi berita gembira apabila anak perempuannya, Ferra Aryana meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fiza menzahirkan ucapan tahniah buat anaknya sambil meluahkan rasa syukur apabila segala kegigihan Ferra akhirnya membuahkan hasil.
"Tahniah Kak Ferra dan semua pelajar. Kami bangga dengan kamu #straightA.
"My dear love Ferra mommy sangat bangga dengan awak. Awak berjaya dapatkan straight A.
"Syukur Alhamdulillah Ya Allah di atas nikmat ini. Berkat usaha dan doa," tulisnya.
Dalam hantaran sama, Fiza turut berkongsi foto dan video anaknya yang tampil berbaju hijau dengan wajah ceria sebaik sahaja mengambil keputusan SPM di sekolah.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai dengan rata-rata mengucapkan tahniah kepada Ferra, sambil memuji kecantikan wajahnya.
Sekadar info, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.
Dia kemudian menimang cahaya mata ketiga, Siti Aleena Adra menerusi perkahwinan ketiganya bersama juruterbang, Aizat Al Jefri.