Skip to main content

Selebriti

Netizen Terpegun Lihat Wajah Awet Muda Ibu Sasha Abdul Aziz, Ramai Tak Percaya Usia Dah 60 Tahun - “Ibu Tak Makan Nasi, Tak Makan Laksa”

sasha

Sekilas

  • Sasha Abdul Aziz berkongsi video menziarahi ibunya yang cantik mengenakan busana kebaya nyonya sempena Hari Raya.
  • Penampilan ibunya yang elegan dan awet muda pada usia 60 tahun menarik perhatian dan pujian netizen.
  • Sasha mendedahkan rahsia awet muda ibunya ialah diet tanpa nasi dan laksa.

Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video menziarahi rumah ibunya untuk beraya.

Menerusi perkongsian di Instagram, video tersebut merakamkan momen manis Sasha sedang menyakat ibunya yang kelihatan cantik menyarungkan busana kebaya nyonya.

Dalam rakaman berkenaan, ibunya tampil berseri-seri dengan gaya yang cukup elegan, sekali gus mencuri perhatian ramai yang memuji kecantikan serta penampilannya.

Tidak hanya itu, netizen juga menyatakan rasa terkejut sebaik sahaja mengetahui usia ibu Sasha kini sudah mencecah 60 tahun.

Dalam pada itu, Sasha juga turut menjawab komen netizen yang bertanyakan mengenai tips yang diamalkan ibunya untuk kelihatan awet muda.

“Lawanya ibu, berkebaya nyonya lagi. Dorang cakap kongsilah tips macam mana ibu nampak muda, walaupun di usia 60 tahun.

“Ibu diet, dia masak tapi dia tak makan nasi, tak makan laksa juga,” ujarnya.

Sumber: Instagram @sashaabdulaziz

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement