Skip to main content

Berita Tempatan

Anak Rahmad Mega Cemerlang 9A SPM, Pasang Impian Jadi Pakar Bedah

Astro Gempak rahmad anak SPM

Sekilas

  • Hurin Qazrina Rahmad, anak penyanyi Rahmad Mega, berjaya memperoleh 9A dalam SPM dan tersenarai antara 46 pelajar yang mendapat semua A.
  • Dia mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan guru yang menjadi motivasi utama untuk mencapai keputusan cemerlang.
  • Hurin bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan mahu menjadi pakar bedah di luar negara.

Kejayaan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi bukti bahawa status sebagai anak selebriti bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Hurin Qazrina Rahmad, 18, anak kepada penyanyi kumpulan Mega, Rahmad Mega, berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut yang diumumkan hari ini.

Lebih manis, pelajar Sekolah Tun Fatimah itu turut tersenarai antara 46 pelajar yang mencatat keputusan semua A.

Menurut Hurin, pencapaian itu tidak datang dengan mudah, sebaliknya hasil dorongan berterusan daripada keluarga dan guru.

“Cabaran memang tinggi, tetapi cikgu sentiasa berpesan supaya saya membanggakan ayah dan keluarga. Itu yang menjadi pembakar semangat saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan di STF, pada Selasa.

Sebagai anak bongsu daripada empat beradik, dia mendedikasikan kejayaan tersebut kepada ibu bapanya yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti.

Pengorbanan keluarga menjadi kekuatan utama untuk terus berusaha mencapai keputusan terbaik dalam pelajaran.

Dalam masa sama, Hurin turut berkongsi perancangannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat asas sebelum menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang perubatan.

“Saya bercita-cita menjadi pakar bedah. Saya mahu buktikan anak seorang artis juga mampu berjaya dalam bidang profesional jika ada kesungguhan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, nasihat guru agar sentiasa menjaga nama baik keluarga dan menghargai pengorbanan ibu bapa akan terus menjadi pegangan dalam mengejar cita-citanya.

Sumber: Kosmo! Online

Anda mungkin berminat dengan

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

Must-Watch Video

Advertisement