Skip to main content

Hiburan

“Hidup Adik Masih Panjang Jangan Sia-Siakan, Kalau Ada Peluang U-Turn Kembalilah” - Suami Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

Astro Gempak

Sekilas

  • Suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria, beri nasihat kepada anak tirinya, Marissa Dania Hakim, supaya buat pilihan terbaik dalam hidupnya.
  • Faizal berharap Marissa nilai kebahagiaan dalam hidup dan jangan takut untuk mulakan kehidupan baru jika perlu.
  • Pemergangan rumah tangga Marissa dengan Ahmad Aslam masih dalam proses di Mahkamah Syariah selepas perkahwinan mereka di Thailand jadi perhatian ramai.

Suami kepada selebriti Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria menitipkan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania Hakim susulan kemelut rumah tangga yang sedang dilalui.

Menerusi perkongsian di Threads, Faizal meluahkan harapan agar Marissa membuat pilihan terbaik dalam hidupnya.

jdhshs

“Adik Marissa, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Kalau ada peluang untuk ‘U-turn’, kembalilah.

“Hidup adik masih panjang, jangan sia-siakan. Abah sentiasa doakan adik dunia akhirat, walaupun bukan anak kandung, Abah mahukan yang terbaik untuk adik,” katanya.

Tambahnya lagi, Marissa perlu menilai perjalanan hidup yang dilalui sama ada benar-benar membahagiakan atau sebaliknya.

“Perhatikan apa yang berlaku sepanjang kehidupan adik selama ini, adakah ia membahagiakan atau sebaliknya.

“Kalau ada peluang untuk bersendirian, jangan lepaskan. Di hadapan adik masih luas ruangnya, bina kehidupan, kerjaya dan capai cita-cita,” ujarnya.

Sebelum ini, pempengaruh media sosial Ahmad Aslam dilaporkan memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kemelut rumah tangganya sebaik selesai prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Aslam hanya memberikan kenyataan ringkas tanpa memperincikan situasi melibatkan dia dan isterinya, Marissa Dania Hakim.
 

Terdahulu, pasangan tersebut mencetuskan perhatian ramai apabila dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 ketika isteri pertama Aslam, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.

Perkahwinan itu turut didakwa berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa termasuk ibu bapanya, Norman Hakim dan Abby Abadi.
 

Pada Mei 2025, pasangan itu hadir ke mahkamah sama bagi tujuan pengesahan perkahwinan, namun proses berkaitan masih berlanjutan sehingga kini.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

Must Watch Video

Advertisement