Skip to main content

Hiburan

Diva M Buka Cerita Pernah Bergelar Suami, Ada Zuriat Sendiri - “Alhamdulillah, Itu Penerus Saya”

Astro Gempak 461

Sekilas

  • Diva M mendedahkan dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun yang kini darjah dua.
  • Dia menegaskan anaknya bukan anak angkat dan pengikut TikToknya sudah mengikuti perkembangan anak itu sejak kecil.
  • Selepas perkahwinan berakhir, Diva M kini bergelar bapa tunggal dan berharap mendapat pengganti yang terbaik.

Selepas tular mengenai penghijrahannya kembali kepada fitrah asal, usahawan dan personaliti media sosial Diva M mendedahkan dia sebenarnya pernah berkahwin serta memiliki seorang anak kandung.

Mengulas kekeliruan segelintir netizen yang menyangka kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun itu tersebut merupakan anak angkat, Diva M menjelaskan dia memang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

“Anak sekarang dah darjah dua, umur lapan tahun dah.

“Ya, sebab dulu kita pernah kahwin. Bila kita berkahwin, itu memang anak saya sendiri lah.

“Alhamdulillah, itu penerus saya,” ujarnya.

Tambahnya, pengikut setianya di TikTok mengetahui kisah sebenar kerana mereka mengikuti perkembangan anaknya sejak kecil lagi.

“Follower TikTok memang tahu itu anak saya dan mereka tengok sendiri perkembangan dia daripada kecil.

“Tapi orang tetap cakap anak angkat. Kalau aku kaya, dah lama aku angkat anak. Nak angkat anak ini senang ke? Ingat macam angkat anak kucing?” katanya.

Dalam pada itu Diva M, dia tetap terasa hati apabila ada pihak mempertikaikan status anaknya, namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata orang.

“Terasa itu biasa lah. Tapi mulut orang kita tak boleh tutup.

“Mungkin orang yang dekat dengan kita saja yang faham,” katanya.

Dalam masa sama, Diva M turut mendedahkan status dirinya kini sebagai bapa tunggal selepas perkahwinannya berakhir.

“Status sekarang bapa tunggal saja. Insya-Allah doakan yang terbaik, semoga cepat dapat ganti,” ujarnya.

Tambahnya, dia mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2017 ketika berusia 37 tahun.

“Kahwin tahun 2017. Anak pun dah lapan tahun sekarang,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement