Sekilas
- Eyka Farhana berkongsi gambar terbaru yang menampakkan ‘baby bump’ di Threads dengan busana warna olive green.
- Penampilan Eyka yang masih kelihatan muda dan berseri walaupun sedang sarat hamil menarik perhatian netizen.
- Rata-rata netizen memuji kecantikan dan keserian Eyka sepanjang kehamilan dalam ruangan komen.
Pelakon, Eyka Farhana menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambarnya menampakkan ‘baby bump’.
Menerusi hantaran di Threads, Eyka berkongsi beberapa gambar dengan mengenakan busana berwarna ‘olive green’.
“From Eyka to Mama L 🧚♂️,” tulis Eyka.
Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah penampilan Eyka yang disifatkan masih kelihatan muda dan berseri meskipun sedang sarat hamil.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kecantikan isteri kepada Akhyar Rashid itu.
“Lain macam dia ni. Tengah sarat pun muka macam belum ambik SPM.
“Dia pregnant elok je muka runcing macam tak pregnant. Sampai dekat aku, macam kentang
“Macam mana ek org pregnant boleh cntik cmni. Dala hidung muka tk kembang pun so jealousssss
“Preggy pun lawooo. Selayyyyy
“Cantik bethol 😍
“Dah makin buyong dah mummy but still cantik. Soon soon !
“Cantik mak buyung 😍
“So pretttyyy 😍,” komen netizen.