Skip to main content

Selebriti

Selepas Seminggu Isteri Bersalin, Jofliam Kongsi Nama Anak - “Assalammualaikum Pelengkap Keluarga, Dylan Asmara Joliam”

AstroGempak nama anak jofliam

Sekilas

  • Jofliam umumkan nama anak lelaki keduanya, Dylan Asmara Jofliam, selepas hampir seminggu isterinya, Dewi, bersalin.
  • Jofliam berkongsi nama tersebut di Insta Story tetapi tidak dedahkan wajah penuh anaknya.
  • Jofliam berkahwin dengan Dewi pada April 2025 dan sebelum ini pernah berkahwin dengan Cik Epal serta mempunyai dua anak, Han dan Yuki.

Pempengaruh dan usahawan Pizza, Jofliam akhirnya mengumumkan nama cahaya mata lelakinya selepas hampir seminggu sejak isterinya, Dewi, bersalin.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Jofliam atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi memaklumkan nama yang dipilih adalah Dylan Asmara Jofliam.

“Han Jofliam, Yuki Jofliam dan asssalammualaikum, pelengkap keluarga, Dylan Asmara Jofliam,” tulisnya.

Bagaimanapun, Jofliam tidak mendedahkan sepenuhnya wajah puteranya itu.

Untuk info, Jofliam mendirikan rumah tangga bersama Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025.

Jofliam sebelum ini pernah berkahwin dengan Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki. 

Namun, selepas 10 tahun bersama, pasangan tersebut disahkan berpisah.


 

Anda mungkin berminat dengan

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

Advertisement