Skip to main content

Hiburan

“Sesuai Digunakan Untuk Ibu Mengandung” - Rissa Skin Lancar ‘Rissa Night Silk Cream’ Produk Baharu Bersama Amira Othman

Rissa Skin

Sekilas

  • Rissa Skin telah mengadakan majlis Open House eksklusif di Concorde Shah Alam untuk melancarkan produk terbaru mereka, Rissa Night Silk Cream.
  • Produk ini adalah hasil kolaborasi bersama duta jenama, penyanyi Amira Othman, dan sesuai digunakan oleh ibu mengandung untuk membantu memudarkan kesan regangan pada kulit.
  • Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal dan menegaskan komitmen Rissa Skin dalam membina kepercayaan serta memperkukuh jenama di pasaran tempatan dan serantau.

Jenama kecantikan yang semakin mendapat perhatian iaitu Rissa Skin dengan gemilangnya menganjurkan sebuah majlis Open House eksklusif bertempat di Concorde Shah Alam.

Pada majlis yang diadakan secara gilang gemilang itu, jenama kecantikan itu dengan bangganya bangganya melancarkan produk baharu keluaran mereka yang diberi nama ‘Rissa Night Silk Cream’.

Lebih membanggakan, produk ini merupakan kolaborasi bersama penyanyi, Amira Othman yang juga merupakan duta bagi jenama berkenaan.

Ujar Amira, produk terbaharu ini sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana boleh membantu memudarkan kesan regangan (stretch marks) terutama sekali di bahagian perut serta sesuai digunakan secara menyeluruh pada kulit badan.

Keupayaan ini sekaligus menjadikannya solusi praktikal untuk gaya hidup moden masa kini malah, la sesuai untuk lelaki dan wanita serta selamat digunakan, termasuk untuk mereka yang memerlukan penjagaan kulit yang lembut dan menyeluruh.

"Bagi saya, penjagaan kulit bukan sekadar luaran tetapi tentang keyakinan diri. Saya bersyukur dapat bersama Rissa Skin dalam perjalanan ini kerana nilai yang dibawa sangat dekat dengan diri saya.

“Produk ini juga boleh serta selamat digunakan untuk ibu mengandung terutama sekali untuk menghilangkan stretch mark di bahagian perut,” katanya.

Sementara itu, pengasas Rissa Skin, Maam Nurul, turut menekankan komitmen jenama, “Kami percaya dalam membina jenama, kepercayaan adalah asas utama. Rissa Skin bukan sekadar produk, tetapi satu perjalanan bersama pelanggan dan komuniti yang kami hargai."

Dalam majlis yang diadakan penuh meriah itu, Rissa Skin bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, malah turut menampilkan pengisian istimewa termasuk perkongsian perjalanan jenama serta hiburan eksklusif daripada artis terkenal Ameng Spring dan Bella Astillah, yang memeriahkan suasana dan memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada para tetamu.

Dengan pencapaian jualan yang memberangsangkan serta sokongan berterusan daripada pengguna, Rissa Skin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kecantikan tempatan yang berpotensi untuk berkembang lebih jauh di peringkat serantau.

Pelancaran ini menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh jenama, dengan sokongan duta yang mencerminkan nilai serta aspirasi Rissa Skin.

Anda mungkin berminat dengan

Caudalie Beauty Elixir | 100% Natural Skincare Mist | Reveals Complexion Glow

Caudalie Beauty Elixir | 100% Natural Skincare Mist | Reveals Complexion Glow

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

L'Occitane Almond Shower Scrub 200ml

L'Occitane Almond Shower Scrub 200ml

Must-Watch Video

Advertisement