Skip to main content

Hiburan

Danial Kifli Sertai Big Stage X Rocketfuel Sebab Nak Kembangkan Kerjaya - “Orang Tahu Lagu Saya Tapi…”

Big Stage X Rocketfuel

Sekilas

  • Danial Kifli sertai Big Stage X Rocketfuel untuk cabar diri dan keluar dari zon selesa sambil mengembangkan karier seni sebagai penyanyi.
  • Dia tidak menganggap dirinya lebih hebat daripada peserta lain, sebaliknya mahu belajar dan perbaiki kelemahan sebagai penghibur.
  • Big Stage X Rocketfuel bermula 28 Jun di Astro Ria dengan hadiah kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000 untuk tiga pemenang utama.

Penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Danial Kifli berkongsi sebab utama dirinya mencuba nasib dengan menyertaan program Big Stage X Rocketfuel.

Menurut Danial, penyertaannya bukanlah sekadar mahu bersaing semata-mata, sebaliknya mahu mencabar kemampuan diri dan keluar daripada zon selesa.

Tambahnya, peluang ini juga dilihat sebagai platform terbaik buatnya untuk mengembangkan lagi karier seni sebagai penyanyi.

“Saya masuk Big Stage sebab saya nak cabar diri sendiri. Kebanyakan orang tahu lagu saya tapi tak tahu siapa penyanyinya.

“Saya dah buktikan dekat lima single yang saya keluarkan tapi masih orang ramai juga tak tahu yang saya penyanyinya. Orang samakan dengan penyanyi tu penyanyi tu tak apa.

“Sebelum ini juga saya banyak bergerak dalam ruang yang saya dah selesa, jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya cuba sesuatu yang berbeza.

“Big Stage merupakan pentas yang besar dan saya percaya program ini boleh membantu saya belajar banyak perkara, bukan sahaja dari segi nyanyian tetapi juga persembahan secara keseluruhan,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah dia merasakan mempunyai kelebihan, pelantun lagu Musnah ini tidak melihat dia mempunyai kelebihan tertentu sebaliknya, berpendapat setiap peserta mempunyai kekuatan masing-masing.

“Kalau nak cakap saya ada kelebihan, saya rasa semua orang ada kelebihan masing-masing. Saya sendiri tak rasa ada satu perkara yang membuatkan saya lebih menonjol daripada peserta lain.

“Sebab itu saya sertai pertandingan ini. Saya nak belajar, perbaiki kelemahan dan lihat sejauh mana kemampuan saya sebagai seorang penghibur,” ujarnya.

Tambah Danial, penyertaannya pada musim ketujuh ini juga boleh dijadikan sebagai platform untuk berkongsi serta bertukar ilmu dengan sembilan lagi bintang yang lain.

“Saya melihat semua peserta ada keunikan masing-masing. Jadi saya anggap ini sebagai peluang untuk belajar antara satu sama lain dan pada masa sama memberikan persembahan terbaik kepada penonton.

“Sudah tentu ada rasa gementar, tetapi saya cuba jadikan perasaan itu sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja keras,” katanya lagi.

Selain Danial, sembilan lagi peserta yang bakal bersaing yang terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel bermula 28 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement