Skip to main content

Indonesia

Bintang Sore Istri Dari Masa Depan, Sheila Dara Ungkap Allahyarham Vidi Andiano: “Suami Saya Selamanya”

Astro Gempak vidi isteri

Sekilas

  • Pemergian penyanyi Vidi Aldiano akibat kanser buah pinggang pada usia 35 tahun meninggalkan kesedihan mendalam dalam kalangan keluarga, sahabat dan peminat.
  • Isteri Vidi, Sheila Dara, mencuri perhatian selepas ucapannya yang menyentuh hati ketika menerima anugerah Pemeran Utama Perempuan Terbaik di Festival Film Indonesia 2025.
  • Sheila sentiasa menemani Vidi sepanjang perjuangan melawan penyakitnya, termasuk berulang alik antara Jakarta dan Pulau Pinang sebelum pemergian Vidi.

Pemergian penyanyi Vidi Aldiano kerana kanser buah pinggang pada 17 Ramadan masih menyisakan sedih dalam kalangan keluarga, sahabat dan peminatnya.

Salah satu individu yang sangat mencuri perhatian selepas pemergian allahyarham pada usia 35 tahun adalah isterinya, Sheila Dara. Sejak Vidi meninggal dunia, Sheila belum memberi sebarang kenyataan atau mencurahkan isi hatinya di media sosial.

Namun, ucapannya sewaktu dinobatkan Pemeran Utama Perempuan Terbaik di Festival Film Indonesia 2025 menerusi lakonan dalam filem Sore Istri Dari Masa Depan pada November lalu menjadi tular.

Sewaktu menerima anugerah tersebut, selain berterima kasih kepada semua yang terlibat, ucapan pendek Sheila buat Vidi mencuri perhatian.

“Terima kasih buat suami saya selamanya yang ada di sana,” ucap Sheila penuh teruja dalam ucapannya.

Ironi kisah percintaan Sheila dan Vidi juga penuh onak duri. Berkenalan pada tahun 2005, hubungan cinta mereka sempat putus-sambung selama tujuh tahun sebelum berkahwin. Mereka juga baru menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama empat tahun.

Sheila, 33, malah dilihat sentiasa berada di sisi Vidi sepanjang melewati waktu sukar kerana penyakitnya. Dia juga sering menemani Vidi menjalani rawatan termasuk berulang alik antara Jakarta dan Pulau Pinang, Malaysia sebelum dijemput Ilahi.

Berita kematian Vidi yang berjuang melawan kanser selama enam tahun telah membuat dunia seni hiburan Indonesia berduka. Kebanyakan rakan seperjuangan yang mengenalinya menyifatkan penyanyi itu sebagai manusia baik.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Must-Watch Video

Advertisement