Skip to main content

Hiburan

Bintang Dawson Creek, James Van Der Beek Meninggal Dunia

James Van Der Beek

Bintang Dawson Creek, James Van Der Beek dilaporkan meninggal dunia pada usia 48 tahun kerana penyakit kanser usus pada 11 Februari 2026.

Rakan pelakon Katie Holmes dalam siri terkenal itu  meninggal dunia tiga tahun selepas bertarung dengan penyakit tersebut, lapor BBC.

“Individu kesayangan kita, James David Van Der Beek telah meninggal dunia dalam keadaan tenang. Dia meninggal dunia selepas perjuangan, keberanian, takdir dan penuh rahmat,” ujar kenyataan yang diberikan keluarga kepada media.

Bapa kepada enam orang anak itu pertama kali mendedahkan penyakitnya pada November 2024 selepas didiagnos  sekitar pertengahan tahun 2023.

“Saya menghidap kanser usus dan telah menjalaninya, melawan ia dengan baik berkat sokongan keluarga dan rakan,” katanya waktu itu.

Bintang yang kariernya memuncak pada tahun 2000 termasuk membintangi karya Varsity Blues juga memberitahu hanya sedar menghidap kanser usus selepas menjalani pemeriksaan kerana mengalami masalah sukar membuang air besar.

Sepanjang menjalani rawatan, dia juga terlibat aktif dengan kempen memberi kesedaran tentang penyakit ini kepada masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement