Skip to main content

Hiburan

Berdasarkan Kisah Benar Aliff Syukri, D’Herbs Holding Bawakan Filem Pendek Yang Bertajuk ‘Ya, Abah Saya Security’ - “Harap Dapat Beri Pengajaran Pada Semua”

Aliff Syukri

Sekilas

  • D’Herbs Holdings, milik Datuk Seri Aliff Syukri, mempersembahkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk ‘Ya, Abah Saya Security’ yang diinspirasikan dari kisah benar ayahnya sebagai pengawal keselamatan.
  • Filem pendek 11 minit ini dihasilkan sebagai penghargaan kepada pengorbanan arwah ayah Aliff dalam membesarkan keluarga.
  • Filem ini mengangkat tema kasih sayang dan perjalanan emosi seorang anak yang mula-mula malu dengan pekerjaan ayahnya, tetapi akhirnya menghargai pengorbanan besar di sebalik uniform itu.

Syarikat milik usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu D’Herbs Holdings dengan bangganya mempersembahkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk ‘Ya, Abah Saya Security’.

Filem pendek berdurasi 11 minit ini merupakan sebuah karya istimewa yang diinspirasikan daripada kisah benar kehidupan awal Aliff Syukri ketika duduk bersama arwah ayahnya, Kamarzaman Kamaludin yang sebelum ini bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan.

Menurut Aliff Syukri, filem pendek ini dihasilkan sebagai satu penghargaan buat arwah ayahnya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.

“Bila kita kecil, kadang-kadang kita tak faham pengorbanan ibu bapa. Kita hanya
fikir tentang diri sendiri. Tapi bila kita dewasa, barulah kita sedar betapa besarnya
pengorbanan mereka. Kisah ini sangat dekat dengan hati saya, dan saya harap ia
dapat menyentuh hati serta memberi pengajaran kepada ramai orang di luar sana,” katanya.

Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem pendek tersebut yang bertempat di GSC IOI Mall Damansara pada Isnin.

Mengangkat tema kasih sayang, ‘Ya, Abah Saya Security’ yang dihasilkan dengan kerjasama Terranego Media dan Tangerine Film ini akan membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa malu dengan pekerjaan ayahnya.

Namun seiring dengan perjalanan masa dan kehidupan, beliau akhirnya menyedari bahawa di sebalik uniform sederhana itu tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement