Skip to main content

Hiburan

ARTBAT, R3HAB & Chris Avantgarde Bakal Gegarkan Genting Highlands 20 Jun Ini

Astrogempak SUNSET (1)

Sekilas

  • Festival muzik elektronik Sunset by NEON presents UPPERGROUND akan berlangsung di Genting Highlands pada 20 Jun 2026 dengan penampilan utama duo ARTBAT dari Ukraine.
  • DJ terkenal R3HAB dan penerbit Chris Avantgarde juga akan membuat persembahan, menjanjikan pengalaman muzik melodic techno yang unik.
  • Acara ini menawarkan pengalaman imersif dengan visual besar, pencahayaan profesional, dan bunyi sinematik, dengan tiket sudah boleh dibeli secara online.

Peminat muzik elektronik bakal disajikan dengan pengalaman luar biasa apabila festival Sunset by NEON presents UPPERGROUND, yang dihoskan oleh kumpulan terkenal ARTBAT, akan berlangsung di Genting Highlands pada 20 Jun 2026.

 

Menjadi tarikan utama ialah duo dari Ukraine, ARTBAT, yang terkenal menerusi lagu-lagu seperti Horizon, For A Feeling, Upperground, Atlas serta remix popular We Are The People nyanyian Empire of the Sun. Mereka sebelum ini pernah membuat persembahan di festival-festival gergasi dunia seperti Tomorrowland, Afterlife, Ultra Music Festival dan Ushuaïa Ibiza.

 

Turut memeriahkan acara ialah DJ dan penerbit muzik terkenal dunia, R3HAB. Artis kelahiran Belanda-Maghribi itu merupakan antara nama paling banyak distrim dalam industri muzik elektronik global.

 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, R3HAB semakin aktif meneroka genre melodic techno dan pernah bekerjasama dengan ARTBAT menerusi lagu Flight Mode. Kemunculan mereka di atas pentas yang sama dijangka menjadi antara momen paling dinantikan peminat.

 

Selain itu, penerbit muzik terkenal Chris Avantgarde juga bakal membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Chris dikenali menerusi lagu Consciousness bersama Anyma, yang dianggap antara karya paling berpengaruh dalam genre melodic techno masa kini.

 

Menurut pihak penganjur, Sunset by NEON sentiasa berusaha membawakan pengalaman bertaraf antarabangsa yang jarang dapat disaksikan di Malaysia.

 

Malah, pihak mereka turut bekerjasama rapat dengan pasukan UPPERGROUND bagi memastikan setiap aspek produksi memenuhi standard terbaik untuk peminat.

 

Acara ini bakal menampilkan pengalaman imersif lengkap dengan visual berskala besar, sistem pencahayaan yang diselaraskan secara profesional, reka bentuk bunyi sinematik serta suasana unik yang menjadi identiti Sunset by NEON.

 

Dengan kehadiran beberapa artis yang membuat debut di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, Sunset by NEON presents UPPERGROUND 2026 dijangka menjadi antara acara muzik elektronik paling hangat diperkatakan tahun ini.

 

Tiket kini boleh didapati menerusi laman web rasmi Sunset by NEON.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement