Skip to main content

Hiburan

Ada Yang Dakwa Terima Anugerah Pengakap Raja Sebab ‘Kabel Anak Orang Kaya’, Leona Bidas Tuduhan Netizen - “Ibu Saya…”

Astro Gempak 551

Sekilas

  • Kasih Iris Leona tampil menjelaskan dakwaan bahawa kejayaannya memperoleh anugerah Queen’s Guide dan King’s Scout adalah hasil nepotisme keluarga.
  • Leona menafikan ibunya mempunyai jawatan penting dalam persatuan pandu puteri dan berkongsi pengalaman mencabar semasa menjalani penarafan King’s Scout.
  • Dia berharap orang ramai tidak merendahkan usaha individu lain hanya kerana iri hati dan menegaskan pencapaiannya adalah hasil usaha sendiri.

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Kasih Iris Leona tampil bersuara selepas timbul dakwaan yang mendakwa kejayaannya memperoleh anugerah Queen’s Guide dan King’s Scout adalah disebabkan faktor pengaruh keluarga.

Menerusi perkongsian video dalam TikTok, Leona mengakui dia sebelum ini tidak mengambil peduli tentang komen netizen, namun merasakan perlu menjelaskan perkara sebenar selepas tuduhan tersebut semakin menjadi-jadi.

 

@leonathe2nd

 

♬ original sound - le yoooooooo na

 “Saya padam Threads kira-kira sebulan lalu sebab keadaan di sana agak keterlaluan bagi saya.

 

“Saya berada di Amerika Syarikat selama tiga minggu dan baru pulang semalam. Bila balik, saya dapati ada beberapa dakwaan mengenai diri saya.

“Biasanya saya tak kisah, tapi kali ini saya rasa perlu bercakap tentang perkara sebenar,” katanya.

Menurut Leona, dia terkejut apabila ada pihak mendakwa pencapaiannya Anugerah Pengakap Raja diperoleh kerana kelebihan yang dimiliki sebagai anak kepada individu terkenal.

“Kononnya ada orang muat naik gambar saya menerima Queen’s Guide dan King’s Scout, kemudian ramai pula kata ini semua sebab nepotisme.

“Kalau nepotisme boleh berkayak sejauh 40 kilometer di laut dan selamatkan saya daripada mati, maka ya, mungkin itu nepotisme.

“Kalau nepotisme boleh bina seluruh tapak perkhemahan seorang diri, maka ya, mungkin betul.

“Kalau nepotisme boleh tulis tangan 13 buku log untuk kepanduan, maka ya, saya setuju,” ujarnya.

Dalam masa sama, Leona turut menafikan dakwaan kononnya ibunya memegang jawatan penting dalam persatuan pandu puteri sehingga membolehkan dia mendapat kelebihan ketika penilaian.

“Ada yang kata ibu saya ialah Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia.

“Tidak. Ibu saya langsung tiada jawatan dalam organisasi itu sama ada di Malaysia atau peringkat dunia.

“Malah ketika saya dan kakak menjalani ujian, ibu saya sendiri tidak dibenarkan menjadi penguji kerana anaknya terlibat dalam penilaian tersebut,” jelasnya.

Leona juga berkongsi pengalaman mencabar ketika menjalani penarafan King’s Scout yang menurutnya jauh daripada gambaran mudah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Katanya, dia bersama empat peserta lain terpaksa membawa buluh mentah ke kawasan perkhemahan selepas dimaklumkan penggunaan buluh yang telah dipotong lebih awal tidak dibenarkan.

“Sedangkan peserta lain sudah mempunyai buluh yang siap dipotong, kami berlima perlu mengukur dan memotong semuanya sendiri sebelum membina tapak perkhemahan.

“Saya berjaga sehingga pukul 3 pagi. Lampu kepala saya habis bateri, jadi saya terpaksa guna telefon sebagai lampu.

“Saya turut melukakan jari ketika memotong buluh, menangis sekejap, tampal plaster dan sambung semula kerja sehingga siap,” katanya.

Malah, Leona berkata dia juga perlu melalui ujian mengikat 40 jenis simpulan dalam tempoh masa yang singkat.

“Kalau nepotisme boleh buat saya hafal semua simpulan itu, mungkin saya setuju.

“Hakikatnya saya lulus sebab saya berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Pada masa sama, Leona berharap orang ramai tidak merendahkan usaha individu lain hanya kerana berasa iri hati dengan pencapaian mereka.

“Saya minta jangan memperkecilkan usaha orang lain hanya untuk membuat diri sendiri rasa lebih baik.

“Mungkin saya memang hebat. Mungkin saya memang bijak. Mungkin saya memang mampu.

“Dan tiada apa yang salah dengan perkara itu,” katanya.

dsvf

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Montigo Ace Non-slip Boot Mega - Compatible with Ace Bottle Mega and Go Bottle 1200ml

Montigo Ace Non-slip Boot Mega - Compatible with Ace Bottle Mega and Go Bottle 1200ml

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ROCKBROS Warm Cycling Sweatshirt Men Long Sleeved Breathable And Aweat Wicking MTB Road Bike Fleece Cycling Suit Cycling Clothing

ROCKBROS Warm Cycling Sweatshirt Men Long Sleeved Breathable And Aweat Wicking MTB Road Bike Fleece Cycling Suit Cycling Clothing

Must Watch Video

Advertisement