Skip to main content

Viral

Apa Rahsia Stoking Putih Elly Mazlein Sampai Ustaz Azli Pun Terkesima? - "Ingatkan Stoking Bola, Rupa-Rupanya ..."

Astro Gempak elly stoking

Sekilas

  • Elly Mazlein memilih memakai stoking putih untuk menjaga batas aurat dan mengelakkan salah faham ketika membuat kandungan digital yang melibatkan banyak pergerakan.
  • Dia berkongsi sokongan moral yang diterima daripada suaminya sejak mula berhijab, yang memberi kekuatan dalam perjalanan penghijrahannya.
  • Perkongsian Elly mendapat reaksi positif warganet dan mengingatkan pentingnya menjaga aurat untuk ketenangan hati.

Keputusan personaliti televisyen popular, Elly Mazlein untuk konsisten memakai stoking putih rupa-rupanya bukan sekadar soal gaya, sebaliknya dibuat dengan pertimbangan teliti bagi menjaga batas aurat serta mengelakkan salah faham dalam kalangan penonton.

Perkara tersebut dikongsikan Elly ketika berbual bersama Pengetua Maahad Ar-Raudhah (MARDHAH), Ustaz Mohd Azli Abdullah dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

@ustazazli Ingat stoking bola tadi, rupanya stoking penyelamat fitnah! 😆 Jom ambil pengajaran dari Kak Lina Pom Pom. Aurat terjaga, hati pun tenang. ❤️ @Kakak Lina Pom Poms #TikTokDakwah #KakLina #MaahadArRaudhah #StokingPutih #Aurat ♬ original sound - UST AZLI

 

Dalam perbualan tersebut, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom turut berkongsi cabaran yang dihadapi sebagai pempengaruh yang aktif menghasilkan pelbagai kandungan digital, termasuk aktiviti santai yang melibatkan banyak pergerakan seperti berlari.

Menurut Elly, pemilihan stoking putih sebenarnya dilakukan bagi mengelakkan sebarang salah faham atau fitnah, khususnya apabila pergerakan dalam video boleh menyebabkan betis kelihatan walaupun aurat sebenarnya telah ditutup.

“Kita nak mengelakkan fitnah. Saya sejenis manusia yang lain daripada yang lain. Kalau saya buat konten dan berlari santai, sampai boleh nampak betis. Jika saya pakai stoking warna kulit, ia akan menimbulkan fitnah, dan penat saya hendak menjelaskan bahawa saya sebenarnya memakai stoking.

“Jadi, bila saya pilih stoking putih, orang sudah tidak bertanya apa-apa lagi kerana semuanya sudah jelas,” jelasnya.

Selain berkongsi mengenai penjagaan aurat, video yang sama turut memaparkan sisi peribadi Elly apabila dia menceritakan bentuk sokongan moral yang diterima daripada suaminya sejak mula berhijab.

Menurutnya, sokongan tersebut hadir dalam cara yang cukup sederhana tetapi memberi makna besar dalam perjalanan penghijrahannya.

“Ustaz, tanpa kata-kata, kita mendapat kucupan yang hangat di dahi. Tidak cakap banyak, tahu-tahu dah kena cium di dahi. Beliau (suami) bagi sokongan yang sangat manis,” ujar Elly.

Mengakhiri perbualan tersebut, Ustaz Mohd Azli turut mengajak orang ramai mengambil pengajaran daripada kesungguhan Elly dalam menjaga aurat serta mengingatkan bahawa ketenangan hati datang apabila batas agama dipelihara.

“Jom kita ambil pengajaran dari Kak Lina Pom Pom. Aurat terjaga, hati pun tenang,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-rata memuji pendekatan Elly serta mendoakan agar perjalanan penghijrahannya terus dipermudahkan.

Terdahulu, penampilan Elly berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada Oktober tahun lalu turut mencuri perhatian ramai dan mendapat pujian peminat.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Advertisement