Skip to main content

Selebriti

Saiful Apek Akui Suka Kongsi Kata-Kata Positif Di Threads, Pernah Lalui Pengalaman Sukar - “Saya Pernah Jadi Gelandangan, Makan Sisa Orang & Dihina”

Saiful Apek

Sekilas

  • Saiful Apek aktif di Threads berkongsi kata-kata positif untuk bantu mereka yang berhadapan tekanan hidup dan rasa putus asa.
  • Pengalaman hidupnya sebagai bekas gelandangan jadi sumber inspirasi dalam menyampaikan mesej semangat kepada masyarakat, terutama golongan muda.
  • Apek turut terlibat dalam projek Nasyid Friday yang akan bermula Jun 2026, menampilkan lapan penyanyi nasyid dengan pelbagai karya kerohanian.

Pelawak dan pelakon, Saiful Apek, 57, mengakui dirinya aktif di Threads dan gemar berkongsi kata-kata positif di platform berkenaan.

Menurut Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, perkongsian itu dibuat selepas melihat semakin ramai berhadapan tekanan hidup sehingga hilang harapan.

Malah, Apek juga meluahkan rasa risau melihat masyarakat terutama golongan muda mudah berputus asa.

“Sebab saya tengok banyak masalah-masalah kritikal. Bunuh diri, putus asa. Ada yang sampai kata nak lari daripada mak bapak, nak terjun bangunan.

“Ada yang cakap mereka sudah penat. Saya cakap, kalau sudah penat sebenarnya bukan kau yang penat, jantung kau yang penat.

“Saya tak tahu, kadang-kadang mungkin terlalu berat benda itu. Tapi saya risau juga dengan kata-kata saya sebab ada masanya terlalu berat dan mengejutkan,” katanya.

Apek berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Nasyid Friday di Ruang, Shah Alam pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Apek juga berharapkata-kata positif yang diolah serta dikarang oleh dirinya sendiri itu mampu memberi semangat mereka.

Tambah Apek lagi, apa yang dikongsikan adalah teladan dari pengalaman hidup yang pernah dilaluinya sebelum ini termasuk pernah hidup sebagai gelandangan.

“Saya nak benda itu jadi satu tamparan supaya orang jelas dan mula ambil ‘baby step’ untuk bangkit balik.

“Anda kena ingat, Saiful Apek bukan jadi dalam satu hari. Tak ada orang tiba-tiba tengok saya terus berada di atas.

“Apa yang saya nampak dekat mereka adalah diri saya satu ketika dulu. Saya pernah jadi gelandangan, makan sisa orang, dihina, diherdik dan difitnah. 

“Semua itu saya sudah lalui. Jadi sekarang orang nampak hasilnya macam mana.

“Kadang-kadang orang tanya abang baca apa, rujukan apa. Tak ada. Saya tak baca apa-apa.

“Sebenarnya ini perjalanan hidup saya sendiri dan pergaulan saya dengan orang-orang susah serta orang-orang hebat.

“Bila orang cakap saya hebat, tak, saya tak hebat. Saya cuma sihat saja. Itulah kehebatan saya sebab saya sihat. Kalau saya sudah tak sihat macam mana?” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Apek adalah antara artis jemputan dalam projek Nasyid Friday yang diusahakan oleh Pengasas Tarbiah Sentap, Adnin Roslan.

Nasyid Friday akan dimulakan pada setiap Jumaat bermula Jun 2026 sehingga Januari 2027. Ia akan bergerak menerusi pembabitan lapan penyanyi nasyid yang melahirkan karya-karya kerohanian bersama video muzik.

Mereka terdiri daripada Adnin Roslan, Aniq Muhai, Aswan Anwar, Kumpulan One Path, kumpulan Rabithah, kumpulan Fetya, kumpulan The Truth dan juga kumpulan Autotune Band yang akan menghasilkan paling kurang 48 lagu, 28 muzik video dan lapan album.

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Advertisement