Skip to main content

Hiburan

Selepas Mimi Fly, Nadia Aqilah Pula Galas Watak Bayan Dalam Puteri Gunung Ledang The Musical

Astrogempak NADIA

Sekilas

  • Nadia Aqilah diumumkan sebagai pelakon kedua watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical selepas Mimi Fly.
  • Perjalanan Nadia bersama pementasan ini bermula sejak 2006 sebagai sebahagian daripada barisan pelakon asal.
  • Musim baharu pementasan ini menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan untuk menghargai legasi dan kesinambungan karya tersebut.

Selepas penyanyi Mimi Fly diumumkan sebagai salah seorang pelakon bagi watak Bayan, kini pelakon Nadia Aqilah pula diperkenalkan sebagai aktres kedua yang bakal menghidupkan karakter ikonik tersebut dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.

Menerusi satu hantaran di media sosial, pihak produksi berkongsi perjalanan Nadia Aqilah bersama dunia Puteri Gunung Ledang The Musical yang sebenarnya telah bermula sejak tahun 2006 lagi.

“Perjalanannya bersama Puteri Gunung Ledang The Musical bermula pada tahun 2006 sebagai sebahagian daripada barisan pelakon asal.

“Lebih dua dekad kemudian, dia kembali dengan membawa bersama memori, semangat dan legasi emosi daripada dunia yang pernah membentuk perjalanan seninya sebagai seorang pengkarya,” kongsi produksi tersebut.

Sebelum ini, produksi Puteri Gunung Ledang The Musical turut memaklumkan musim baharu kali ini bakal menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan sebagai usaha menghargai legasi karya tersebut selain memastikan kesinambungannya untuk generasi akan datang.


 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement