Skip to main content

Hiburan

Amir Ahnaf Imbau Zaman ‘Struggle’ Cari Job Dengan Mierul Aiman - “Banyak Pergi Casting Sampai…”

Astro Gempak 432

Sekilas

  • Amir Ahnaf dan Mierul Aiman berkongsi perjalanan persahabatan dan cabaran dalam industri seni sejak Hero Remaja 2021 hingga kini berlakon bersama dalam filem Tarung: Unforgiven.
  • Mereka pernah melalui fasa sukar termasuk berniaga di pasar malam sebelum mendapat perhatian menerusi projek besar seperti Projek: High Council.
  • Filem Tarung: Unforgiven yang akan ditayangkan 7 Mei ini mengangkat emosi dan pengalaman sebenar mereka, menampilkan pelbagai perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata.

Pelakon, Amir Ahnaf mengimbau perjalanan suka duka dalam industri seni bersama sahabat baiknya, Mierul Aiman disifatkan sebagai individu penting dalam pembentukan dirinya hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Amir meluahkan rasa syukur apabila hubungan persahabatan mereka akhirnya membawa kepada peluang berlakon bersama dalam filem Tarung: Unforgiven yang bakal ditayangkan 7 Mei ini.

“Aku rasa nak kongsi, salah seorang insan yang membentuk aku sebagai manusia, abang aku.

“Journey kami buat aku bersyukur dengan ‘magic’ dunia, kita buat filem sekali… Tarung Unforgiven 7 May,” katanya.

Menurut Amir, perkenalan mereka bermula sejak program Hero Remaja 2021 ketika masing-masing masih baharu dalam industri.

“Aku budak kampung dari Terengganu, dan Mun orang Pahang yang menetap di Putrajaya.

“Aku kenal Mierul dari zaman Hero Remaja. Masa itu aku umur 21, dia 23 tahun. Dari awal kenal terus ‘clique’ sebab masing-masing ‘crack’.

“Potential kau menyerlah gila dan aku boleh cakap kau ‘lead’ kitaorang semua,” ujarnya.

Tambahnya, hubungan mereka semakin rapat apabila sering bersama mengejar peluang dalam industri termasuk menghadiri pelbagai sesi uji bakat.

“Audition lepas audition kitaorang pergi. Tak kisah modelling atau acting, bila ada peluang aku dengan Mun sampai.

“Mana-mana pergi pun sekali. Pergi audisi sekali, berlakon pun sekali,” katanya.

Malah, Amir turut mendedahkan mereka pernah melalui fasa sukar sehingga terpaksa berniaga di pasar malam demi mencari rezeki.

“Kitaorang menjual dekat pasar malam pun sekali. Susah nak cari duit dulu.

“Pergi audisi masih tak ada rezeki, jadi cari duit ikut mana yang boleh,” katanya.

Menurutnya lagi, segala usaha akhirnya membuahkan hasil apabila kedua-duanya mula mendapat perhatian menerusi beberapa naskhah besar termasuk Projek: High Council.

“Punyalah banyak pergi casting sampai ‘lost count’, akhirnya kitaorang dapat watak besar.

“Alhamdulillah Projek High Council dua-dua dapat sekali. Aku Kahar, kau Fakhri. Sumpah ‘magic’,” ujarnya.

Bagaimanapun, Amir mengakui mereka pernah membawa haluan masing-masing sebelum kembali disatukan menerusi projek terbaharu.

“Kemudian kita berpecah cari haluan masing-masing. Tak boleh berkepit juga, kita ada industri nak ‘explore’.

“Tup-tup, ditakdirkan berjumpa balik,” katanya.

Berkongsi mengenai filem Tarung: Unforgiven, Amir menyifatkan karya tersebut sangat dekat dengan dirinya kerana mengangkat emosi dan pengalaman sebenar yang pernah dilalui.

“Tarung ini antara karya yang ‘hits home’ untuk aku. Aku hilang kawan aku disebabkan industri, kemudian ditakdirkan jumpa balik.

“Aku tak tahu Tuhan nak tunjuk apa, tapi aku percaya setiap perjalanan itu ada sebab,” katanya.

Tambahnya, filem tersebut bakal menampilkan pelbagai emosi yang sukar diluahkan dengan kata-kata.

“Semua rasa yang tak terucap – sakit, marah, benci – biar aku dengan Mierul tunjuk dalam filem ini.

“‘All the unspoken feelings’ akan diterjemahkan sebaiknya dalam Tarung,” ujarnya.

Sekadar info, Tarung: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.

Anda mungkin berminat dengan

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

Must-Watch Video

Advertisement