Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: “Mami Tahu Kakak Menangis Sebab…” - Anggrek Buat Hati Adira Suhaimi Tersentuh

Adira anggrek

Sekilas

  • Adira Suhaimi berkongsi rasa bangga terhadap anak sulungnya, Anggrek, yang kini bertanding dalam Talk To My Manager 2 walaupun menangis selepas persembahan minggu ketiga.
  • Adira menegaskan tangisan Anggrek adalah tanda kekuatan dan ketabahan, bukan kelemahan, serta menganggap anaknya sebagai insan luar biasa.
  • Talk To My Manager 2 menampilkan barisan pengurus dan artis terkenal serta disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Penyanyi, Adira Suhaimi berkongsi ucapan menyentuh hati buat anak sulungnya, Anggrek yang kini merupakan bintang Talk To My Manager 2.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Adira meluahkan rasa bangga terhadap usaha dan ketabahan Anggrek sepanjang menyertai program berkenaan, meskipun anaknya itu dilihat menangis selepas membuat persembahan di minggu ketiga pada Ahad.

Menurut Adira, tangisan tersebut bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya mencerminkan kekuatan Anggrek yang telah lama memendam emosi.

“Mami bangga sangat dengan kakak. Mami tahu kakak menangis semalam sebab dah lega. Selama ni kakak kerja keras setiap minggu, simpan penat sendiri.

“Kalau nak menangis, menangislah... itu bukan lemah, itu tanda kakak kuat bertahan,” coretnya.

Dalam pada itu, Adira juga turut menyifatkan Anggrek sebagai anak yang luar biasa dan mengakui dirinya sendiri belum tentu mampu melakukan apa yang dilakukan anaknya itu.

“Apa pun orang cakap, di mata Ami kakak adalah anak yang sangat luar biasa.

“Apa yang kakak buat, mami sendiri pun belum tentu mampu buat. Terima kasih sebab jadi sekuat ini, kakak,” tulisnya.

Minggu ketiga menyaksikan Anggrek membuat persembahan dengan lagu berjdudul Diam Diam Jatuh Cinta dan mendapat komen positif daripada juri tetap, Che Puan Sarimah Ibrahim.

“I love you. Keyakinan you lagi besar dari badan you. Tahniah awak buat baik sangat, well done!” ujarnya.


Sumber: Instagram @adira.suhaimi

Untuk info, antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Must-Watch Video

Advertisement