Skip to main content

Hiburan

Anak Terkilan Hasrat Jalil Hamid Nak Tunai Haji Tak Tercapai - "Ayah Dah Pergi Kursus Tapi..."

Jalil Hamid

Sekilas

  • Afiqah Jalil berkongsi rasa terkilan kerana arwah bapanya, Jalil Hamid, tidak sempat menunaikan ibadah haji akibat masalah kesihatan.
  • Walaupun arwah sudah mengikuti kursus haji, hasratnya tertunda dua tahun berturut-turut sebelum meninggal dunia.
  • Jenazah Jalil Hamid akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar hari ini.

Anak kepada pelakon, Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil meluahkan rasa terkilan apabila hasrat terakhir arwah bapanya untuk menunaikan ibadah haji tidak kesampaian.

Menurut Afiqah, tahun lalu hanya ibunya berpeluang menunaikan haji seorang diri, manakala bapanya terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.

Bagaimanapun, meskipun tahun ini sudah mengikuti kursus haji, arwah sekali lagi tidak dapat meneruskan niatnya disebabkan masalah kesihatan.

“Tahun lepas tak dapat pergi, ibu saja pergi seorang. Tahun ini pula, ayah dah pergi kursus haji tapi tak dapat sebab masalah jantung.

“Dia agak tertekan juga sebab tak dapat pergi. Kami cuba pujuk, mungkin belum rezeki. Tapi saya tahu dia sedih tak dapat tunaikan haji. Itulah hasrat terbesar dia,” katanya.

Pada masa sama, Afiqah turut meluahkan rasa syukur kerana masih sempat meluangkan masa bersama arwah bapanya ketika hayatnya.

“Saya bersyukur sebab sempat ada momen dengan ayah. Walaupun kami selalu berbalah, tapi jauh di sudut hati, saya hargai dia.

“Bila fikir balik, saya rasa bersyukur sebab dia tahu kami sayang dan hargai dia.

Terdahulu, Allahyarham Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.

Berita itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil menerusi Instagram.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.

Sepanjang hajatnya Allahyarham disegani kerana bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement