Skip to main content

Hiburan

Terkejut Dengan Pemergian Jalil Hamid, Azlee Senario Kongsi Jasa Arwah Yang Ramai Tak Tahu

Jalil Hamid

Sekilas

  • Azlee Senario terkejut dengan berita pemergian aktor legenda Jalil Hamid yang banyak berjasa dalam industri hiburan tanah air.
  • Jalil Hamid banyak memberi tunjuk ajar kepada Azlee dan rakan-rakan Senario ketika penggambaran sitkom pada awal 2000-an.
  • Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar, dengan berita pemergian dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil.

Pelakon dan pelawak, Azlee Senario mengakui terkejut selepas mendengar berita kehilangan aktor legenda, Jalil Hamid.

Menurut Azlee, atau nama lengkapnya, Muhammad Azlee Jaafar, Jalil merupakan seorang individu yang banyak berjasa ketika penglibatan awal senario dalam industri pada awal tahun 2000.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar untuk industri hiburan tanah air yang tiada galang gantinya.

“Banyak jasa arwah kepada Senario. Semasa penggambaran sitkom dahulu, dialah yang banyak beri tunjuk ajar kami seperti cara menggunakan pentas dengan betul, cara menguasai ruang dan teknik lakonan yang berkesan,” katanya.

Azlee juga mengakui pada awalnya dia tidak mempercayai khabar sedih itu namun terus menghubungi anak Jalil, Afiqah bagi mendapatkan pengesahan.

“Saya ini jenis yang tidak mudah percaya dengan berita media sosial selagi tidak mendapat pengesahan daripada pihak yang betul seperti Seniman atau Karyawan.

“Namun, selepas saya sendiri menghubungi anak arwah dan dia mengesahkan ayahnya sudah tiada, barulah saya ambil tanggungjawab maklumkan kepada rakan-rakan artis yang lain.

“Tadi saya sempat hubungi rakan-rakan Senario yang lain. Wahid dan Pak Ya kini berada di Ipoh, mereka semua terkeju dan menangis dengan khabar ini,” ujarnya.

Kali terakhir Azlee bekerjasama dengan Allahyarham adalah menerusi sebuah naskhah drama yang menjalani penggambaran di Kuang, Selangor beberapa tahun lalu.

Walaupun mengetahui Allahyarham sudah lama menderita sakit sebelum ini, Azlee berkata mereka sentiasa mendoakan kesihatan arwah dan terkejut apabila tahap kesihatannya merosot secara tiba-tiba selepas kembali aktif.

Terdahulu, Allahyarham Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.

Berita itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil menerusi Instagram.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.

Sepanjang hajatnya Allahyarham disegani kerana bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement