Skip to main content

Indonesia

Al Ghazali Sudah Jadi Bapa, Alyssa Daguise Selamat Melahirkan Anak Sulung

Astro Gempak alghazali (2)

Sekilas

  • Al Ghazali kini sah bergelar bapa selepas isterinya, Alyssa Daguise, selamat melahirkan anak sulung mereka pagi tadi.
  • Alyssa melahirkan bayi mereka beberapa hari lewat dari tarikh jangkaan dan kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan sihat.
  • Kelahiran ini disambut gembira oleh keluarga besar termasuk Ahmad Dhani dan Maia Estianty, serta menerima ucapan tahniah daripada rakan industri dan peminat.

Al Ghazali rasmi bergelar seorang bapa selepas isterinya, Alyssa Daguise selamat melahirkan anak sulung mereka, hari ini. Berita gembira itu disampaikan oleh ibu Alyssa, Risa Dewi melalui akaun Threads miliknya.

Diketahui wanita berusia 28 tahun tersebut selamat melahirkan anak lewat beberapa hari daripada tarikh perkiraan untuknya bersalin yang berada dalam lingkungan akhir April sehingga 7 Mei 2026.

Alyssa dilaporkan selamat melahirkan bayi sulungnya sekitar pukul 8.16 pagi waktu tempatan. Model dan bayinya juga berada dalam keadaan sihat.

Kelahiran anak Al Ghazali dan Alyssa telah membuat seluruh keluarga besar mereka termasuk dari sebelah bapanya, Ahmad Dhani dan ibunya, Maia Estianty teruja kerana menyambut cucu pertama.

Meski belum ada informasi lanjut mengenai bayi yang diberi julukan Baby S itu, pasangan tersebut telah dihujani tahniah dan ucap selamat dalam kalangan rakan industri dan peminat.

Terdahulu, Alyssa sempat memaklumkan mengalami kontraksi selama dua hari dan masih belum dapat melahirkan anaknya selepas peminat bertanya mengenai perkembangan terkininya.

Kepada peminat dia memberitahu: “Semua bertenang. Saya sudah dua hari mengalami kontraksi jadi sekarang masih fokus dan berehat.”

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Advertisement